Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Kes Pukul Pelajar Madrasah: Sahabat Tampil Dedah Keperibadian Ustaz – ” Dia Sangat Baik Dan Lembut”

Di sebalik kecaman dan kecoh yang berlegar di media sosial, terselit satu coretan yang mengajak orang ramai melihat sesuatu isu dengan hati yang lebih tenang dan berimbang.

Terdahulu, tular satu kes melibatkan seorang ustaz di madrasah di Kota Kinabalu yang didakwa bertindak kasar terhadap pelajarnya, termasuk memukul menggunakan helmet dan menendang kepala.

Penularan video dan laporan berhubung kejaian itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen sehingga ustaz berkenaan ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

ustaz

Foto: FB Boss Saiful

Susulan kes tular itu, seorang individu yang mendakwa dirinya rakan rapat kepda Ustaz Saifurrahman tampil berkongsi pandangan menerusi satu coretan di akaun Facebook @Boss Saiful.

Dalam coretannya, individu tersebut meluahkan rasa terkejut dan sedih dengan kejadian yang menimpa sahabatnya itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Terkejut dan sedih dengar kejadian yang menimpa sahabat saya Ustaz Saifurrahman yang kini ditahan pihak polis. Lebih 10 tahun saya mengenali dia,” tulisnya.

Artikel lain: Tular Pukul Pelajar Madrasah Guna Topi Keledar, Lelaki Ditahan Polis

Menurutnya, ustaz berkenaan bukan sahaja berkhidmat sebagai imam, malah memegang amanah sebagai mudir dan guru besar di madrasah tersebut, selain aktif merawat pesakit melalui ruqyah perubatan Islam.

Saiful turut mendedahkan, tidak lama sebelum kejadian, ustaz itu ada menghubunginya bagi meminta sumbangan hamper sempena hari sukaneka madrasah.

“Baru sahaja dia menghubungi saya untuk meminta sumbangan hamper sempena hari sukaneka madrasahnya. Gembiranya dia apabila saya sudi menyumbang semua hamper,” katanya.

Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila pada petang hari yang sama, ustaz berkenaan ditahan pihak polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

ustaz

Mengulas lanjut, dia turut menyifatkan sahabatnya sebagai seorang yang baik, lembut dan berhikmah selain mengakui bukan mudah untuk membangunkan sebuah madrasah tanpa dana tetap daripada kerajaan.

“Bukan mudah untuk mendirikan sebuah madrasah tanpa dana tetap dari kerajaan dan mendidik pelajar dengan pelbagai latar belakang. Saya sendiri angkat tangan, tak mampu buat seperti apa yang ustaz ini lakukan,” ujarnya.

Namun begitu, beliau tidak menafikan kesalahan yang dilakukan oleh ustaz berkenaan dan menyatakan secara terbuka tidak bersetuju dengan penggunaan kekerasan.

“Ya, memang tindakannya salah. Saya pun tidak setuju memukul kepala dengan helmet dan menendang kepala,” tambahnya.

Menurutnya, kejadian itu dipercayai berlaku ketika lewat malam dalam keadaan ustaz keletihan selepas dikejutkan dengan berita pelajar yang keluar tanpa kebenaran ke kafe siber dan didapati merokok.

“Mungkin ketika itu emosi seorang ayah yang sangat kecewa dengan perbuatan anak,” tulisnya lagi.

ustaz

Saiful berpandangan kedua-dua pihak mempunyai kesilapan tesendiri dan berharap agar perkara itu dapat diselesaikan secara damai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pendapat saya, kedua-dua belah pihak pun salah. Semoga kedua-duanya saling bermaafan dan laporan polis itu ditarik balik,” ungkapnya.

Mengakhiri coretan, beliau menyeru orang ramai agar tidak menghukum hanya berdasarkan satu kesilapan, sebaliknya melihat keseluruhan kebaikan yang telah dilakukan.

“Kita bukan Tuhan untuk menghakimi. Kita juga bukan Nabi atau Malaikat yang tiada dosa. Kita hanya manusia yang pasti akan diuji dan pernah buat salah,” jelasnya.

Coretan itu turut menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan madrasah berkenaan sekiranya terpaksa ditutup sekaligus menjejaskan pembelajaran ramai pelajar.

Sumber: Facebook @Boss Saiful

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd