Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rugi RM20,000! Lima Sekeluarga Cemas, Rumah Dimasuki Penyamun Bertopeng

Lima sekeluarga berdepan detik cemas selepas kediaman teres dua tingkat mereka dirompak sekumpulan penjenayah dalam satu kejadian di Taman Petaling, Klang kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Menurut laporan Kosmo! Online, empat penjenayah yang bertopeng dan bersenjatakan parang itu mencederakan salah seorang mangsa sebelum meloloskan diri.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kesemua suspek dipercayai menaiki sebuah kereta Proton Waja yang parkir di laluan belakang rumah tersebut.

“Mereka memasuki rumah menerusi pintu belakang. Suspek kemudian mengikat tangan dan menutup mulut empat sekeluarga sebelum membawa mereka ke dalam bilik. Manakala seorang lagi mangsa tidak diikat atas faktor usia.
“Penjenayah itu menyelongkar bilik dan mengambil wang tunai RM4,000, lima telefon bimbit dan pelbagai barang kemas dianggarkan bernilai RM20,000 sebelum melarikan diri dengan menaiki kereta Waja sama,” katanya dalam satu kenyataan.

Hoong Fong berkata, polis menemui kenderaan yang menggunakan nombor plat palsu itu di Taman Desawan dan usaha mengesan semua suspek masih dijalankan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kita bagaimanapun menemui beberapa barang kes bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Terdahulu, tular satu video di media sosial dipercayai dirakam jiran kepada mangsa yang memaparkan sekumpulan lelaki bertopeng keluar dari sebuah rumah manakala seorang wanita cedera dengan kesan darah pada bahagian badan.

Sumber: Kosmo! Online (Iskandar Shah Mohamed), Twitter @liyanaliyana

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd