Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Rossa Dokumentasi Perjalanan Karier 25 Tahun Dalam Filem

Filem dokumentari ‘All Access to Rossa 2 Shining Years’, dipersembahkan oleh Time International Films akan ditayangkan di pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 18 Oktober depan.

Foto: Instagram Pecinta Rossa Malaysia

Menurut satu kenyataan, filem tersebut mengisahkan perjalanan karier Datuk Seri Rossa yang menyelami sisi lain kehidupannya yang belum pernah diketahui umum dan menceritakan segala pencapaian yang telah dicapai selama lebih dua tahun beliau berkarya.

Pengarah Ani Ema Susanti berkata, dokumentari ini akan membawa penonton mengenali sisi peribadi Rossa yang jarang dilihat, bukan hanya sebagai seorang penyanyi tetapi juga sebagai seorang ibu dan individu yang penuh semangat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Masyarakat akan melihat Rossa dari pelbagai sudut yang belum pernah ditampilkan sebelum ini,” katanya.

Foto: Instagram Pecinta Rossa Malaysia

Sementara itu, Rossa juga berharap filem ini akan menjadi inspirasi bagi peminat, terutama mereka yang sedang berjuang dalam industri muzik.

“Saya ingin sampaikan filem ini sebagai penghargaan kepada peminat dan semua yang telah menyokong saya sepanjang perjalanan karier ini.
“Saya berharap ia dapat memberi inspirasi kepada semua, terutama generasi muda yang sedang membina impian mereka,” ujar Rossa.

Filem ini mendapat sokongan dari Kementerian Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia dan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN).

Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Sandiaga Uno berharap filem ini akan memberi impak positif kepada industri filem dan muzik serantau.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Instagram Pecinta Rossa Malaysia

Melalui kerjasama strategik dengan PRIHATIN, sebahagian dana yang dikumpul daripada tayangan filem ini akan disalurkan kepada pelajar yang memerlukan, terutama dalam bidang pendidikan.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd