Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Tangani Lebih Berkesan, KKM Kini Dalam Usaha Haramkan Sepenuhnya Rokok Elektronik

Bagi mengekang isu secara berkesan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini dalam usaha untuk mengharamkan sepenuhnya penggunaan dan penjualan rokok elektronik (vape).

Menurut laporan Harian Metro, Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya akan mengambil kira pelbagai aspek termasuklah kesan kepada perundangan, penguatkuasaan dan kesihatan awam susulan pelaksanaan tersebut.

Kata beliau, demi melindungi kepentingan kesihatan rakyat secara, penelitian sedang dijalankan untuk menilai keberkesanan langkah kawalan sedia ada serta keperluan dasar yang lebih komprehensif.

Rokok elektronik

Rokok elektronik

“Bagi mencapai kawalan yang lebih menyeluruh, khasnya dalam agenda pengharaman sepenuhnya terhadap penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau vape, ia masih lagi di bawah kuasa kerajaan persekutuan.
“Seiring dengan itu, KKM sedang menuju ke arah pengharaman sepenuhnya terhadap penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau vape bagi mengekang isu ini secara lebih berkesan,” katanya sewaktu pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Ahmad Saad (PN-Pokok Sena) berkaitan  pendirian KKM terhadap langkah beberapa kerajaan negeri yang menghentikan pengeluaran lesen perniagaan rokok elektronik dan vape dalam negeri masing-masing.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dr Dzulkefly turut menyambut baik keputusan enam kerajaan negeri iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pahang yang tidak mengeluarkan atau memperbaharui lesen penjualan rokok elektronik.

Artikel lain: Usaha Perangi ‘Counter Setting’ Dipertingkat Menerusi Dasar Sokongan Lebih Kukuh

Rokok elektronik

“Kementerian menyambut baik keputusan tersebut memandangkan kuasa pelesenan premis perniagaan terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) di bawah kerajaan negeri.
“Pendekatan ini juga sejajar dengan aspirasi untuk melindungi kesihatan awam.
“Namun begitu, kawalan yang dilaksanakan pada masa ini hanya membabitkan larangan penjualan produk merokok di premis tertentu seperti kedai khas dan tidak merangkumi kedai runcit atau serbaneka,” katanya.

Jelasnya lagi, KKM memberi tumpuan kepada pelaksanaan kawal selia yang lebih ketat terhadap produk merokok menerusi penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Akta ini melibatkan beberapa peraturan termasuk keperluan pendaftaran produk, larangan terhadap sebarang bentuk pengiklanan, promosi dan tajaan, kawalan ke atas penjualan serta larangan merokok di kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan larangan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebagai sebahagian daripada pendekatan menyeluruh, KKM turut akan melancarkan satu operasi penguatkuasaan bersepadu yang dinamakan ‘Operasi Selamat Paru-Paru’ (Ops Selamat PaPa) bermula 1 Ogos ini.

Operasi ini dirangka bagi memastikan pelaksanaan Akta 852 dapat dijalankan secara lebih berkesan dan menyeluruh di seluruh negara.

Sumber: Harian Metro (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd