Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Robot Tesla Rosak ‘Serang’ Jurutera Kilang Hingga Cedera

Seorang jurutera Tesla mengalami kecederaan apabila diserang robot Tesla rosak di kilang sehingga mengalami kecederaan luka di tangan kiri dan bahagian badan.

Serang sewaktu jurutera sedang program robot lain

Memetik laporan daripada Daily Mail, robot terbabit difahamkan menyerang jurutera berkenaan sewaktu sedang memprogramkan dua lagi robot yang kilang Tesla yang gagal berfungsi.

Kredit foto: InsideEVs

Robot Tesla rosak tusuk bahagian belakang dan lengan jurutera

Jurutera itu diserang oleh jentera robot yang diprogram untuk mengangkat dan memindahkan bahagian-bahagian kereta yang baharu diperbuat daripada aluminium di Gigafactory Texas Tesla berdekatan Austin sehingga memaksa dua rakan sesekerjanya menutup butang kecemasan setelah melihat kesan darah akibat serangan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian berkenaan dikhabarkan berlaku sekitar tahun 2021-2022 mengikut daripada laporan kesihatan pihak berkuasa Travis County.

Kredit foto: Reddit

Menurut sumber, jentera robot itu dilaporkan menekan jurutera terbabit dan menusuk kuku logamnya ke bahagian belakang  serta lengan hingga menyebabkan ‘luka dalam’.

Walau bagaimanapun, jurutera terbabit tidak memerlukan cuti sakit disebabkan kejadian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, pihak Tesla tidak melaporkan kecederaan lain yang berkaitan dengan jentera robot di kilang itu kepada pihak berkuasa.

Insiden terbabit telah mencetuskan kebimbangan mengenai risiko jentera robot automatik di tempat kerja selepas wujudnya  peningkatan kecederaan akibat jentera robot di pusat penghantaran Amazon, pembedahan oleh jentera robot, kereta pandu sendiri serta pengajar catur robot.

Sumber: Mail Daily

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sosial

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual. Anggota ATM...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Sosial

Kehilangan anak kandung menjadi antara ujian paling berat dalam hidup seseorang, khususnya bagi ibu bapa yang terpaksa berdepan dengan realiti kehilangan zuriat yang pernah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd