Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

RM3.23 Juta Diperuntuk Bagi Program Jiwa Murni KEMENTAH, Dijangka Siap Oktober Depan

Sebanyak RM3.23 juta diperuntukkan kepada Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) bagi Program Jiwa Murni Kementerian Pertahanan (PJM KEMENTAH) untuk tahun 2024 meliputi 91 skop kerja di seluruh Malaysia.

Program itu merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pertahanan (MINDEF) selaras dengan Teras 4 Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021 – 2025 bagi meringankan beban golongan asnaf dan fakir miskin yang telah dikenal pasti dari seluruh negara.

 Program Jiwa Murni KEMENTAH

 Program Jiwa Murni KEMENTAH

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, PJM KEMENTAH dilaksanakan atas beberapa sebab antaranya ia selari dengan prinsip dan aspirasi Malaysia MADANI di bawah Kerajaan Perpaduan.

“Seperti kita sedia maklum, terdapat beberapa nilai dalam aspirasi Malaysia MADANI yang selari dengan PJM, antaranya membawa kesejahteraan kepada masyarakat.
“Saya percaya menerusi usaha ini, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyumbang kepada nilai-nilai yang sepatutnya diamalkan oleh penduduk,” katanya pada Majlis Pelancaran PJM KEMENTAH di Kota Tinggi, Johor hari ini.

Perasmian Program Jiwa Murni KEMENTAH

 Program Jiwa Murni KEMENTAH

Mohamed Khaled berkata, program tersebut dilaksanakan dengan harapan masyarakat mengamalkan nilai-nilai baik selain MINDEF sendiri memberi pendedahan kepada orang ramai bahawa ATM memberi perhatian terhadap kebajikan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Nilai Emas Olimpik Meningkat, Dua Penaja Tawar Habuan Lumayan Buat Atlet!

“Masyarakat akan sentiasa mempunyai nilai untuk menghargai berterima kasih kepada yang datang dan memberi bantuan.
“Jika masyarakat tidak mempunyai nilai itu, kemungkinan ATM tidak akan datang membantu di masa hadapan,” ujarnya.

 Program Jiwa Murni KEMENTAH

Dalam pada itu, beliau berkata PJM KEMENTAH dilaksanakan bagi menjelaskan fungsi dan sumbangan ATM serta MINDEF kepada masyarakat yang merentas aspek pertahanan dan kedaulatan negara.

“Benar, fungsi dan tanggungjawab hakiki ATM dan kementerian adalah menjaga kedaulatan negara, namun kita turut memberi penekanan kepada aspek kesejahteraan hidup masyarakat sekeliling.
“Atas sebab itu, dalam setiap kesempatan dan ruang yang ada, anggota ATM akan terlibat dan memberi sumbangan mengikut kapasiti dan keupayaan yang kita ada,” katanya lagi.

Sementara itu, pada majlis sama, Ahli Parlimen Kota Tinggi itu turut menyerahkan Mock-up Cheque peruntukkan pembaikan rumah bagi pelaksanaan PJM KEMENTAH Johor kepada lima orang penerima.

Mereka adalah Zamri Shamsuddin, Jemah Musa, Mohd Faizal Mohd Pozi, Sanan Ahmad dan Natinah Mustajab yang masing-masing adalah penduduk di sekitar kawasan Kota Tinggi, Johor.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 Program Jiwa Murni KEMENTAH

Bagi keseluruhan projek di sekitar Johor untuk tahun ini, jumlah peruntukan yang diberikan adalah RM603,637.10 dan melibatkan seramai 24 penerima dari Simpang Renggam, Parit Sulong, Batu Pahat, Pasir Gudang dan Muar.

Untuk makluman, 91 skop kerja berkenaan meliputi kerja-kerja bina baru, senggaraan dan pembaikan rumah asnaf veteran ATM, masjid atau surau, bangunan awam seperti dewan dan pusat komuniti.

Kerja-kerja bagi program tersebut mengambil tempoh tiga bulan bermula penghujung Julai ini dan dijangka siap pada penghujung bulan Oktober 2024.

Untuk rekod, pada tahun 2021 hingga 2022, sebanyak 325 PJM dilaksana di seluruh negara dengan jumlah kos RM5.69 juta, manakala bagi tahun 2023 sebanyak 55 PJM masih dalam pelaksanaan merangkumi kos berjumlah RM1.42 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

 Program Jiwa Murni KEMENTAH

Turut hadir dalam majlis pelancaran PJM KEMENTAH 2024 peringkat Negeri Johor adalah Panglima 7 Briged, Brigedier Jeneral Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad, Ketua Jurutera Markas Tentera Darat, Brigedier Jeneral Ts. Shahruddin Mohd Noh dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sedili, Muszaide Makmor.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd