Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Rider Tak Perasan Duit Terjatuh, Orang Ramai Bantu Kutip Atas Jalan

Satu rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang tular di media sosial baru-baru ini telah merakam detik duit seorang penghantar makanan terjatuh semasa menunggang motosikal.

Foto: FB Boonkee Ng

Kejadian tersebut berlaku ketika menunggu lampu isyarat dan kemungkinan dia tidak menyedari bahawa duit miliknya berterbangan serta bertaburan di atas jalan raya.

Insiden yang berlaku di tengah-tengah kepadatan jalan raya itu menarik perhatian ramai kerana tindakan spontan pengguna jalan raya yang berada berhampiran lokasi kejadian.

Tanpa berfikir panjang, beberapa pemandu dan penumpang sanggup turun dari kenderaan masing-masing untuk membantu mengutip wang yang berselerak di atas jalan raya.

Dalam suasana trafik yang padat, tindakan membantu itu dilakukan dengan penuh kerjasama dan semangat keprihatinan kerana ada yang dilihat mengejar wang yang diterbangkan angin ke lorong sebelah, manakala yang lain menyerahkan kembali wang yang berjaya dikutip kepada pemiliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Situasi itu memperlihatkan bahawa dalam saat-saat genting, semangat kemanusiaan masih menjadi keutamaan ramai.

Penghantar makanan yang baru tersedar kemudian tergesa-gesa berpatah semula ke lokasi dimana duitnya terjatuh.

Foto: FB Boonkee Ng

Insiden seperti ini juga mengingatkan kita akan cabaran harian yang dihadapi oleh penghantar makanan, terutamanya mereka yang menunggang motosikal dalam apa jua keadaan cuaca dan trafik kerana mereka sering berdepan dengan risiko jalan raya demi memenuhi pesanan pelanggan dan mencari rezeki.

Tindakan para pengguna jalan raya yang membantu dalam kejadian ini wajar dijadikan contoh kerana ia mencerminkan nilai-nilai kemanusiaan dan sifat saling mengambil berat yang sepatutnya terus subur dalam masyarakat kita.

Dalam dunia yang serba pantas, peristiwa seperti ini membuktikan bahawa masih ramai yang tidak teragak-agak untuk menghulurkan bantuan kepada orang lain, walaupun tidak mengenali mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakaman ini juga telah mencetuskan pelbagai reaksi positif dalam kalangan warganet, rata-rata memuji tindakan mereka yang membantu selain menyifatkan insiden ini sebagai peringatan bahawa kebaikan masih wujud, dan ia tidak memerlukan sebarang ganjaran mahupun pujian untuk dilakukan.

 

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd