Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Restoran Milik GISBH Masih Beroperasi Di UK

Restoran milik Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB) masih beroperasi di United Kingdom walaupun kebanyakan perniagaannya telah ditutup di Malaysia.

Foto: Facebook GISB HOLDINGS SDN BHD

Menurut laporan TheStar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia  Datuk Zakri Jaafar ke United Kingdom menyatakan beberapa restoran milik syarikat yang sedang berdepan kontroversi itu masih menjalankan perniagaan seperti biasa.

Namun begitu, beliau tidak dapat mengenal pasti maklumat berkenaan jumlah sebenar perniagaan milik GISB di sana.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ya, (kami sedar) tetapi kami tidak memantau mereka… nampaknya mereka menjalankan perniagaan yang sah di sini,” katanya.

GISB Holdings mempunyai restoran di London, Paris, Istanbul, Dubai dan Mekah.

Foto: Facebook GISB HOLDINGS SDN BHD

Zakri turut menjawab saiz restoran milik GISB di London adalah sama seperti saiz restoran lain yang terdapat di sana dan beliau sendiri juga pernah berkunjung salah satu restoran tersebut di Manchester.

Sejak dua minggu lalu, banyak perniagaan GISB di seluruh Malaysia telah diserbu dan ditutup selepas timbul dakwaan penderaan seksual dan eksploitasi ke atas kanak-kanak di rumah kebajikannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pihak polis melancarkan Ops Global, menyaksikan serbuan ke 20 rumah kebajikan di Selangor dan Negeri Sembilan yang terkait dengan GISB pada 11 September lalu.

Perniagaan yang meluas di 20 negara di Asia, Eropah, Timur Tengah dan Australia itu memperoleh pendapatan tahunan kumpulan sebanyak RM187 juta.

Syarikat tersebut juga dikatakan mempunyai jumlah aset sebanyak RM325 juta dan rangkaian 415 cawangan seluruh dunia.

Sumber: TheStar (Rahimy Rahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peguam berjiwa rakyat yang dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung...

Sosial

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd