Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Jimat Hampir RM 6,000! Remaja Belajar Memandu Melalui YouTube, Lulus Ujian Kali Pertama

Di zaman serba digital ini, hampir semua benda boleh dipelajari online, termasuklah memandu kereta.

Itu yang dilakukan oleh Ollie Bird, 17, dari Scotby, Cumbria. Ketika ramai rakan sebaya sibuk menempah kelas memandu dengan kos ribuan ringgit, Ollie mengambil langkah berbeza iaitu dia belajar sepenuhnya melalui YouTube.

belajar memandu guna YouTube

Kos satu kelas memandu di UK mencecah £40 sejam. Apabila dimaklumkan dia mungkin memerlukan sehingga 30 jam latihan sebelum layak menduduki ujian, Ollie mula mengira kosnya dan hampir terkejut apabila jumlahnya boleh mencecah lebih £1,200.

“Saya dengar ramai kawan cerita betapa mahalnya kos belajar memandu. Saya tak nak terjebak dengan kos yang tinggi,” katanya.

Sebagai alternatif, Ollie mula mencari sumber pembelajaran lebih murah di internet, sebelum menemui pelbagai siri tutorial memandu di YouTube. Ramai pengajar memandu kini berkongsi tip pemanduan di media sosial untuk membantu pelajar memahami peraturan jalan raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ollie mengambil peluang ini dengan menonton lebih 30 jam video untuk mempelajari asas pemanduan. Selain itu, dia turut menggunakan simulator pemanduan komputer bagi melatih kawalan stereng dan membrek. Pengalamannya dalam sukan go-kart juga memberi kelebihan menjelang ujian memandu pada 6 Jun lalu.

Artikel lain: Budak Enam Tahun Belajar Bawa Kereta Dari YouTube, Perhati Cara Bapa Memandu

Beberapa minggu sebelum itu, Ollie sudah lulus ujian teori dengan cemerlang, jadi yang tinggal hanyalah mempraktikkan teknik memandu yang dipelajarinya daripada video-video YouTube.

“Saya jenis suka buat sesuatu dengan cara sendiri, jadi saya beritahu ibu bapa saya yang saya nak belajar melalui YouTube dan bukan ikut kelas biasa,” ujarnya.

Keputusan berani Ollie ternyata berbaloi apabila dia lulus ujian pemandu pada percubaan pertama, hanya tiga minggu selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-17.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Go-kart dan simulator banyak membantu saya. YouTube juga sangat berguna untuk memahami teknik pemanduan sebenar.” tambahnya.

Dia juga berlatih memandu di kawasan sekitar rumah dengan ditemani ibu bapanya untuk membiasakan diri dengan tanda jalan, parkir dan teknik mengundur, serta bagi Ollie, dia tidak terlalu tertekan sewaktu ujian.

belajar memandu guna YouTube

“Saya tak mahu masuk ujian dengan tekanan. Saya rasa rileks saja dan berbual santai dengan pemeriksa. Bila dia umum saya lulus, saya terkejut, tapi gembira,” terangnya lagi.

Menariknya, ada yang tidak yakin dia mampu lulus, termasuk ibu bapanya sendiri. Namun Ollie membuktikan sebaliknya.

Sebagai peringatan, undang-undang di UK menetapkan pelajar mesti memiliki lesen L sementara dan hanya boleh belajar memandu di bawah pengawasan pengajar berlesen atau pemandu berusia lebih 21 tahun yang sudah memiliki lesen penuh sekurang-kurangnya tiga tahun.

Selepas itu, calon perlu lulus ujian teori, barulah boleh menempah ujian praktikal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Ladbible (Olivia Burke)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peguam berjiwa rakyat yang dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung...

Sosial

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd