Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

BERSATU Dakwa Rayer Cuba Cetus Ketegangan Kaum, Gesa Minta Maaf Pada Mufti Perlis

Ahli Majlis Tertinggi BERSATU Dr Afif Bahardin menuduh Ahli Parlimen (MP) Jelutong RSN Rayer cuba cetus ketegangan kaum dan agama dengan berulang kali mempersoalkan kehadiran pendakwah Dr Zakir Naik di negara ini.

Memetik laporan Malaysiakini, Afif yang mendakwa Rayer cuba cetus ketengan kaum itu mahu MP Jelutong menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada Mufti Perlis Asri Zainul Abidin dan semua umat Islam kerana ‘biadab dan tidak sensitif’.

BERSATU dakwa Rayer cuba cetus ketegangan kaum

Rayer Cuba Cetus Ketegangan Kaum

Foto: Harian Metro

Katanya, jika Rayer gagal melakukan demikian dalam tempoh 24 jam, laporan polis akan dibuat terhadap MP Jelutong itu kerana didakwa mengganggu keharmonian negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tindakan Rayer yang mempertikaikan keputusan mufti Perlis untuk membenarkan ceramah Zakir adalah sesuatu yang tidak wajar.
“Asri hanya menjalankan tugasnya sebagai pemimpin agama dengan memberikan ruang kepada seorang ilmuwan Islam yang dihormati di peringkat antarabangsa.
“Rayer tidak mempunyai autoriti untuk menentukan siapa yang boleh atau tidak boleh bercakap dalam konteks agama Islam. Mengaitkan kehadiran Zakir dengan isu ketegangan kaum dan agama adalah satu usaha yang berniat jahat,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Tambahnya, setakat ini tiada sebarang kejadian yang membuktikan bahawa ceramah dari Zakir yang menganggu keharmonian negara.

“Sebaliknya, sikap Rayer yang berulang kali mengungkit isu ini boleh mencetuskan ketidakstabilan dan mencabar kebebasan beragama yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Tindakan Rayer mempersoalkan kehadiran Zakir dan menuntut penjelasan daripada pihak berkuasa adalah tidak berasas dan bertujuan menimbulkan kontroversi.
“Seolah-olah dia sengaja bermain dengan sentimen sedemikian untuk kepentingan politik peribadinya tanpa menghiraukan jaminan kebebasan bersuara dan beragama Malaysia di Malaysia,” ujarnya.

Sebelum ini, Zakir dilarang untuk menyampaikan ucapan dan berdakwah pada 2019 berikutan kenyaataan kontroversinya mengenai masyarakat Hindu dan Cina di Malaysia.

Persoaln kehadiran Zakir Naik, Rayer cuba cetus ketegangan kaum

Foto: Berita Harian

Bagaimanapun, kemunculannya semula pada satu acara di Perlis pada 2 Februari lalu mendorong Rayer mempersoalkan sama ada larangan itu masih berkuat kuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: PM Minta Sarawak Bekal Elektrik Ke Filipina Melalui Sabah – Abang Johari

Susulan itu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis telah memberikan tauliah kepada Zakir untuk mengajar agama Islam pada Oktober 2023.

Disamping itu, Mufti Perlis itu juga menyatakan kesediaannya untuk mempertahankan pendiriannya berhubung Zakir.

Dalam video di saluran YouTube rasmi Asri, beliau berkata Rayer tidak sepatutnya mempersoalkan siapa yang dijemput untuk acaranya,

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, ini sama seperti bagaimana dia tidak mempersoalkan MP Jelutong tentang apa yang dia calitkan di dahinya dan mengapa dia melakukan perkara tersebut.

Asri nafi hina kaum Hindu, Bersatu dakwa Rayer cuba cetus ketegangan kaum

Susulan itu, Rayer telah menyoal sama ada Asri akan mencontohi penjual jagung yang memohon maaf atas kenyataannya tentang ‘vibuthi’ di dahi kaum Hindu.

Bagaimanapun, ASri menafikan menghina penganut Hindu dengan kenyatannya dan mempersoal Rayer kerana membangkitkan isu itu dua minggu selepas dia mengatakannya.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ramai sebak melihat momen jenazah seorang murid PASTI yang meninggal dunia disebabkan masalah kesihatan dikelilingi oleh rakan-rakannya yang hadir bagi memberikan penghormatan terakhir. @cikgusalamiahmohdnor...

Sosial

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas mendapati suami berulang kali curang hingga sanggup meninggalkan dirinya dan anak mereka selama beberapa hari demi meluangkan masa dengan...

Lokal

Ketua Pemuda MCA Pahang, Wong Siew Mun menjadi perhatian warganet kerana tampil bersuara berkenaan isu kemusnahan ladang durian musang king di Sungai Ruan dan...

Sosial

Beberapa individu telah tampil menyatakan bahawa jenama kambing perap terkenal didakwa tidak membayar gaji stafnya sehingga berbulan-bulan. Perkara tersebut dinyatakan oleh satu akaun TikTok...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd