Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rasa Tak Sedap Hati, Bapa Sempat Hubungi Sejam Sebelum Anak ‘Pergi’

Perasaan tak sedap hati dan bimbang seorang bapa menjadi kenyataan apabila mengetahui anak lelakinya maut dalam nahas kemalangan melibatkan enam buah motosikal.

Bapa tak sedap hati

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Kilometer 333.1 di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) arah Kuantan berhampiran susur keluar Plaza Tol Paka, Dungun, Terengganu, malam tadi.

Memetik laporan Utusan Online, bapa dikenali Rohami Ismail, 53, berkata, dia berasa tidak sedap hati selepas anaknya, Muhammad Fitri Hanif, 18, keluar bersama rakan-rakan.

Rohami berkata, anaknya keluar bersama rakan-rakan untuk menikmati nasi lemak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Paka,

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarna lagi, dia sempat menghubungi anaknya untuk memeriksaan keadaannya pada ketika itu. Namun, dimaklumkan dalam perjalanan pulan ke rumah.

“Sebelum kejadian dia beritahu nak keluar makan nasi lemak sebelum bertolak kira-kira pukul 10 malam dari rumah kami di Bukit Kuang. 
“Tiba-tiba, sekitar pukul 11 malam, saya rasa tidak sedap hati, berdebar serta gelisah. Saya teringatkan Angah (Muhammad Fitri Hanif) dan terus hubungi dia untuk memeriksa keadaannya. Ketika itu dia beritahu sudah selesai makan dan mahu bertolak balik ke rumah,” katanya ketika ditemui pemberita.

Tak tahu anak dah meninggal sejam selepas hubungi

Ceritanya, sejam selepas dia menghubungi anaknya, dia kemudiannya menerima panggilan telefon daripada saudaranya yang memberitahu Muhammad Fitri Hanif terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Katanya, pada ketika itu dia tidak tahu anaknya telah meninggal dunia. Namun, sehinggalah dia melihat sendiri gambar keadaan anaknya ketika kemalangan.

“Ketika itu saya tidak tahu dia telah meninggal dunia, namun bila diberitahu keadaan anak saya tenat dan apabila melihat gambarnya ketika kemalangan, saya rasa memang anak saya telah meninggal dunia,” katanya lagi.

Dia bagaimanapun reda dengan ketentuan yang ditetapkan oleh Dia atas pemergiaan anak keduanya.

bapa tak sedap hati

Artikel lain: Suami Isteri Maut Kemalangan, Status Terakhir Di Facebook Undang Sebak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain Muhammad Fitri Hanif, kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengah malam itu turut mengorbankan dua penunggang motosikal lain iaitu Ahmad Osama Ramadhan Laidin, 17, dan Muhammad Shah Run Nizam Jaafar, 20.

Menurut laporan, ketiga-tiga mangsa tercampak beberapa meter di Lebuhraya itu selepas gagal mengelak daripada seorang penunggang motosikal, Muhammad Firzani Hilman Mohd Arif Fadhillah, 20, yang dilanggar sebuah motosikal lain, Kemaman.

bapa tak sedap hati

Muhammad Firzani Hilman dan dua lagi penunggang iaitu Mohamad Afiq Kamal, 19, dan Muhammad Haziq Haikal Ismail, 17, dilaporkan mengalami kecederaan.

Sumber: Utusan Online (Nik Nur Izzatul Hazwani Nik Adnan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd