Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Raffi Ahmad Dapat Ijazah Doktor Kehormat, Netizen Ragui Kewujudan Universiti Di Thailand?

Baru-baru ini, pelakon terkenal Indonesia, Raffi Ahmad  menerima gelaran doktor honoris causa atau doktor kehormat dari Universal Institute of Professional Management (UIPM) di Thailand.

Foto: Instagram Raffi Ahmad

Menerusi laman X, seorang warga Indonesia iaitu Niar Ibrahim Rose memuat naik satu hantaran yang menunjukkan dirinya cuba untuk mengenal pasti lokasi UIMP yang dikatakan terletak di Vibharadi-Rangsit 64 Yeak 3.

Namun begitu, dia yang menetap di Bangkok gagal menemui universiti tersebut sebaliknya hanya terdapat sebuah hotel di lokasi dikatakan universiti berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
‘Sehinggakan saya masuk ke dalam hotel dan bertanya pada penyambut tetamu mengenai kebenaran alamat universiti UIPM,” katanya pada Ahad lalu.

Tidak cukup dengan itu, Niar berkongsi bahawa dia turut mendapatkan bantuan seorang rakan warganegara Thailand berhubung kesahihan kewujudan universiti tersebut.

Walau bagaimanapun, rakannya turut mendakwa universiti terbabit adalah satu penipuan kerana sijil ijazah itu boleh dibeli dengan menggunakan wang.

Pada masa sama, Niar juga mahu mendapatkan kepastian daripada Raffi sendiri tentang lokasi sebenar universiti itu susulan ramai warganet tampil mempersoalkan perkara sama.

Sumber: X Niar Ibrahim Rose

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd