Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tular Pukul Pelajar Madrasah Guna Topi Keledar, Lelaki Ditahan Polis

Seorang lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan susulan penularan sebuah rakaman video yang memaparkan perbuatan mencederakan menggunakan senjata serta penderaan terhadap pelajar sebuah madrasah di Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Ketua Polis Derah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda memaklumkan, laporan poliss diterima selepas video kejadian itu tersebar luar di media sosial.

pelajar

Menurut beliau, insiden berkenaan dipercayai berlaku kira-kira jam 11.55 malam kelmarin di sebuah premis perniagaan di sekitar bandar ini.

Artikel lain: Pelajar Tingkatan Empat Direman Tiga Hari, Didakwa Pukul Rakan Hingga Pengsan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kejadian melibatkan seorang lelaki dewasa dan sekumpulan pelajar sebuah madrasah. Bertindak atas maklumat awam, pihak polis telah menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan,” katanya.

pelajar

Tambah Kasim, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan menggunakan senjata serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 berkaitan penganiayaan terhadap kanak-kanak.

Beliau turut meminta individu yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran.

pelajar

Pada masa sama, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi semua pihak terlibat.

Terdahulu. tular di media sosial satu rakaman video berdurasi 4 minit 51 saat yang memaparkan seorang lelaki memukul sekumpulan remaja lelaki menggunakaan topi keledar di kawasan kedai sekaligus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook @Polis Daerah Kota Kinabalu

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mangsa yang ditembak di Jalan Rasah berhampiran Plaza Tol Port Dickson, pagi tadi, dipercayai mempunyai 15 rekod jenayah membabitkan pelbagai kesalahan. Pengawal peribadi maut...

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Baru mengumumkan pembukaan restoran pertamanya Rembayung, premis milik pempengaruh terkenal Khairul Aming itu sudah menerima reviu teruk di platform Google Reviews daripada segelintir individu....

Sosial

Belum pun reda isu review tipu di Google yang tular sebelum ini, Khairul Aming sekali lagi menjadi perhatian apabila reka bentuk restorannya, Rembayung dipersoal...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd