Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PTPTN Ringankan Beban Pelajar IPT Melalui Bantuan Lestari Siswa MADANI

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh komitmennya dalam menjaga kebajikan pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) melalui program Bantuan Lestari Siswa MADANI, inisiatif yang menyalurkan bantuan sara hidup kepada pelajar kurang berkemampuan dan meringankan beban kewangan mereka sepanjang pengajian.

Pengerusinya Datuk Seri Norliza Abdul Rahim berkata, PTPTN menganjurkan pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk menyantuni masyarakat sepanjang bulan Ramadan ini.

“Antaranya ialah Program Imarah Ramadan PTPTN (IMRAN) di IPT, Program Jom Kejut Sahur, Program Raikan Syawal Bersama Anak-Anak Yatim dan Asnaf serta Bantuan Lestari Siswa MADANI.
“Sebagai sebuah agensi yang prihatin, PTPTN komited untuk terus memperluas pelaksanaan program CSR kepada para pelajar terutamanya dalam aspek pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Iftar PTPTN Bersama Media di Kuala Lumpur, pada Isnin. Teks ucapan Norliza dibacakan oleh Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Khalid.

Norliza (tengah) bergambar bersama penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI

Sementera itu, Norliza berkata, media memainkan peranan penting dalam membetulkan persepsi serta mendidik masyarakat mengenai tanggungjawab membayar balik pinjaman PTPTN dan peluang perancangan kewangan melalui Simpan SSPN.

“Melalui laporan yang tepat, seimbang dan beretika, media membantu dalam memastikan setiap dasar dan usaha penambahbaikan PTPTN dapat difahami dengan jelas oleh pelanggan sama ada pendeposit Simpan SSPN atau peminjam PTPTN, ibu bapa dan masyarakat secara keseluruhannya,” ujar Norliza.

PTPTN menerusi satu kenyataan berkata, bantuan itu membabitkan sumbangan sebanyak RM36,000 kepada 72 pelajar asnaf dari kedua-dua institusi tersebut, dengan setiap pelajar menerima RM500 yang dikredit terus ke akaun bank mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Inisiatif ini bertujuan membantu pelajar menangani cabaran kewangan serta memberi sokongan tambahan dalam tempoh pengajian di IPT.
“PTPTN sebagai peneraju tabung pendidikan tinggi negara terus mendukung misi untuk memperkasakan amalan penabungan melalui Simpan SSPN bagi mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjamam sekali gus memastikan anak-anak tidak dibebani hutang apabila tamat pengajian.
“Simpan SSPN menawarkan pelbagai manfaat dan keistimewaan kepada pendeposit antaranya, pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, dividen yang kompetitif, simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah,” kata PTPTN.

Turut hadir Ketua Pegawai Operasi PTPTN, Mastura Khalid, pengurusan PTPTN dan pengamal media pelbagai agensi.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pelukis muda kelahiran Kelantan, Muhammad Darwisy Mustafani, 25, berjaya menarik perhatian apabila diberi kepercayaan menghasilkan potret khas Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Mahkota...

Bisnes

Pengasas Berjaya Corp Bhd (BJCORP), Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, telah melupuskan 306 juta saham dalam syarikat itu melalui urus niaga perniagaan secara...

Sosial

Aktivis masyarakat, Tamim Dahri menafikan dakwaan menghina simbol suci agama Hindu selepas videonya memijak dan membengkokkan trisula atau soolam tular di media sosial sejak...

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd