Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Projek Lebuhraya Pan Borneo Di Bahagian Sarawak Hampir Siap Sepenuhnya – Nanta

Projek Lebuhraya Pan Borneo di bahagian Sarawah telah mencapai 98.91% sekali gus hampir siap sepenuhnya, kata Kementerian Kerja Raya (KKR).

Menterinya Alexander Nanta Linggi berkata, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1A pula hampir siap 87% bagi 15 pakej kerja yang sedang berjalan.

“Tidak lama lagi Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang menghubungkan Banting dan Taiping juga bakal dibuka
sepenuhnya.
“Lebuhraya WCE ini bakal menjadi laluan alternatif kepada pengguna Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) bagi mengurangkan kesesakan terutamanya pada musim perayaan.
“Setiap projek mega ini akan membantu lonjakan ekonomi dan pembangunan di negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Amanat Tahun 2024 Serta Perhimpunan Bulanan Bersama Menteri Kerja Raya 2024 di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu, Kementerian Kerja Raya (KKR) akan melaksanakan 233 projek melibatkan 38 projek baharu, 181 projek sambungan dan 14 projek penyenggaraan pada tahun 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KKR Peruntuk RM50 Juta Selenggara Laluan Persekutuan

“Belanjawan 2024 telah menyaksikan KKR memperolehi keseluruhan peruntukan sebanyak RM9.511bilion.
“Daripada jumlah tersebut RM949.37juta diperuntukkan bagi Belanja Mengurus dan jumlah tersebut bertambah 9.72% berbanding 2023.
“Sebanyak RM8.56bilion pula disediakan di bawah Belanja Pembangunan iaitu kenaikan 13.05% berbanding peruntukan tahun lalu,” ujarnya.

Nanta memaklumkan, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan sejumlah RM30juta untuk diagihkan kepada 115 jurutera daerah dengan RM200,000 setiap daerah bagi menangani segera aduan kerosakan kecil dan luar jangka di Jalan Persekutuan.

“Kerajaan juga telah meluluskan sebanyak RM100 juta bagi menyenggara dan menggantikan lampu jalan kepada jenis LED yang dijangka dapat memberikan penjimatan bil elektrik sebanyak 60%,” katanya.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd