Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dr Taufiq Umum Projek Kompleks Sukan Baharu Bernilai RM10 Juta Di Sungai Petani

Sebuah kompleks sukan bernilai RM10 juta bakal dibina di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani bagi menyediakan kemudahan sukan yang lebih sistematik dan holistik khusus untuk golongan belia di kawasan itu.

Kompleks sukan baharu di Sungai Petani

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari memaklumkan projek berkenaan kini berada pada peringkat awal pelaksanaan dan dijangka dimulakan dalam masa terdekat, selari dengan perancangan yang digerakkan sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani.

“Pembinaan kompleks sukan berkenaan merupakan antara inisiatif utama yang digerakkan sejak saya menjadi Ahli Parlimen Sungai Petani. Tapak pembinaannya dikenal pasti berhampiran kawasan Pejabat Penerangan Daerah Kuala Muda.
“Peruntukan awal diluluskan ialah RM10 juta, namun jika terdapat sebarang perubahan dari segi perancangan atau pelaksanaan, pengumuman lanjut akan dibuat,” katanya selepas merasmikan Program Berkhatan Beramai-ramai di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sungai Petani di Padang Temusu, Ahad.

kompleks sukan

Kompleks sukan baharu usaha lahirkan ramai atlet

Menurut beliau, kewujudan kompleks sukan yang lengkap mampu melancarkan usaha melahirkan atlet baharu dan memperkukuh pembangunan sukan di peringkat akar umbi.

“Proses perolehan dan sebagainya memang sedang berjalan dan saya akan memantau dari semasa ke semasa bersama dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan semua pihak, untuk memastikan bahawa projek itu dapat dilaksanakan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Mohammed Taufiq menegaskan komitmennya untuk terus memberi keutamaan kepada perkhidmatan di kawasan Parlimen Sungai Petani walaupun memegang tanggungjawab sebagai menteri di peringkat pusat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya akan cuba meluangkan masa untuk bersama rakyat di Sungai Petani dan kebiasaannya berada di kawasan ini pada hujung minggu, kecuali jika terdapat urusan rasmi kementerian di Putrajaya,” katanya.

Artikel lain: Sokongan Keluarga, Komuniti Penting Dalam Ekosistem Pertahanan Negara

Jelasnya, kementerian akan memberi tumpuan kepada pembangunan belia, pewujudan pelapis kepimpinan negara serta pemerkasaan sukan sebagai medium penyatuan nasional tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan fahaman politik.

Sumber: Sinar Harian 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Nasional

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal menganjurkan Sambutan Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 pada 8 Februari di Astaka Taman Tasik Titiwangsa. Sambutan berkenaan bertujuan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd