Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Prince Syed Dedah Isteri Enggan Jumpa Keluarga, Buat Laporan Polis Demi Keselamatan

Usahawan dan pempengaruh Prince Syed memaklumkan laporan polis telah dibuat ekoran dakwaan diserang dan dipukul sehinggan menyebabkan kecederaan pada tangan dan wajah.

Memetikm laporan Harian, Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, berkata, dalam kejadian jam 2.40 petang semalam, empat individu dikenalinya datang menyerang ketika berada di hadapan rumah kakaknya di Taman Bertih Laut, Teluk Pulai.

Dikatakan, mereka memukul kepalanya menggunakan topi keledar beberapa kali dan menumbuknya pada bahagian wajah.

Isteri enggan jumpa keluarga

Prince syed Isteri enggan jumpa keluarga

“Selain itu, mereka turut mencakar tangan saya sehingga berdarah, memecahkan cermin Proton X70 menggunakan topi keledar dan melakukan provokasi.
“Saya ada bukti iaitu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan apa yang terjadi berlaku disebabkan mereka anggap saya mengongkong serta menghalang isteri (Fatin Syazwani Ishak, 27) berjumpa mereka.
“Hakikatnya, isteri enggan berjumpa mereka atas sebab tertentu dan saya buat laporan polis untuk keselamatan diri serta bimbang mereka bertindak agresif ,” kata Syed, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, dia memberitahu satu laporan telah dibuat di Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor, kelmarin setelah didesak oleh individu sama yang menuntutnya berpisah dengan isteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Individu terbabit juga mengganggu dengan meminta saya menyerahkan dua anak berumur dua dan enam tahun sedangkan saya mampu menjaga mereka.
“Selain itu, ketika di rumah pada Jumaat lalu (31 Oktober), individu sama ada menghubungi kakak dan ibu bagi meminta saya berpisah dengan isteri dan mahu saya membuka sekatan nombor serta memberitahu keberadaan isteri jika tidak mahu diapa-apakan.
“Untuk apa kami berpisah sedangkan membina rumah tangga adalah satu yang mulia dan sebagai suami, saya kena pertahankan perkahwinan sampai akhir hayat.
“Kami ‘hidekan’ video di TikTok pun bukan sebab ada masalah cuma nak tenteram memandangkan isteri pun sebelum ini tak sihat dan pada masa sama, saya kena fokus dengan perniagaan, jadi tak nak mental kami terganggu,” terangnya.
@haiza.zlkfl

Influencer Prince Syed halang family Fatin dari kampung melawat Fatin di Hospital ❗️❗️❗️family nak berbincang pon dia larikan diri, mohon share ❗️❗️ #repost bagi semua orang tahu perangai dia #princesyed #viral #menganiayabini #fyp

♬ bunyi asal – _WifeFaiz🌸 – _WifeFaiz🌸

Artikel lain: Halang Keluarga Bertemu, Ibu Mentua Dakwa Prince Syed Buat Anak Seperti Tikus Makmal

Sebelum ini, tular di media sosial, seorang wanita yang dipercayai ibu mentua kepada Syed datang ke rumahnya dan mendedahkan menantunya itu melarikan serta menghalang anak dan cucu untuk berjumpa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video sama, wanita berkenaan turut mendakwa Prince Syed berkahwin dengan Fatin Syazwani untuk menjadikan wanita itu tikus makmal dengan memaksa menjalani pembedahan bariatrik bagi menjual produk pelangsingan badan.

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam)

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Tular di media sosial, video Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menari semasa lawatan beliau ke Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 mencuri perhatian dunia...

Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau ‘mencium pipi’ isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. iaitu Louise Araneta-Marcos ketika menghadiri satu...

Sosial

Seorang wanita menjadi sebutan di media sosial selepas satu hantaran di Facebook miliknya mencetuskan perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat menyiarkan semula...

Sosial

Kegembiraan seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baru diraikan atas pencapaiannya menerima Anugerah Mualaf 2025 bertukar pilu apabila beliau meninggal dunia hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd