Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Prestasi Membanggakan, Kontinjen FELDA Wakili Malaysia Sertai World Robot Games 2024

Kontinjen FELDA Malaysia, iaitu anak-anak muda cilik dari Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Goh Kuantan, Pahang berjaya menjadi wakil negara di World Robot Games 2024 yang berlangsung pada 6 hingga 8 November lalu di Nanyang Polytechnic, Singapura.

Bagi kategori Soccer Games, pasukan Malaysia mara ke pusingan kedua dan telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran pengaturcaraan dan strategi permainan berpasukan.

Walaupun pada awalnya kecundang, menerusi acara Ball Fighting, penyertaan pasukan Malaysia tetap memberikan pengalaman berharga yang dapat dijadikan panduan untuk memperbaiki prestasi pada masa hadapan.

Prestasi cemerlang dipamerkan oleh pasukan Malaysia dalam acara Sumo diwakili oleh Muhammad Qazif Qaid Abu Zalrifari Ikram yang berjaya merangkul naib johan dalam kedua-dua kategori RC Sumo Junior dan RC Sumo Open.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seterusnya, Naufal Irfan Mohd Sabri turut memberikan saingan yang hebat dalam kategori RC Sumo Open dengan menduduki tempat keempat, yang merupakan satu pencapaian baik.

Menyingkap acara Inovasi pula, walaupun tidak mencapai podium, penyertaan Malaysia telah mempamerkan idea-idea yang kreatif, inovasi dan inovatif.

Penyertaan pasukan Malaysia dalam World Robot Games 2024 telah berjaya membina pengalaman, keyakinan, dan kemahiran yang akan menjadi bekalan untuk terus bersaing di peringkat global.

Walaupun menghadapi persaingan sengit, pasukan Malaysia berjaya mencapai beberapa keputusan yang membanggakan malah embuktikan bahawa bakat muda Malaysia memiliki potensi besar dalam arena robotik bertaraf antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, penyertaan pasukan Malaysia, Gohillians Robotic telah menjadi juara Pertandingan Robotik FELDA Kebangsaan 2024 sempena Hari Peneroka FELDA 2024 yang diadakan di MAEPS Serdang, Selangor 12 hingga 14 Julai lalu.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pengasas syarikat kosmetik, Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan menjadi perhatian warganet setelah menyediakan hadiah barangan mewah buat anaknya sempena sambutan Hari Guru yang diadakan...

Nasional

Kerajaan bersetuju melanjutkan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) bermula 19 Mei ini hingga 30 April tahun depan khusus untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah...

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd