Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Tahan Semula Azlan Al Amin, Disyaki Terlibat Penipuan Urus Niaga Tanah

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang sebelum ini menjadi perhatian di media sosial sekali lagi berdepan tindakan polis selepas disyaki menipu dalam urus niaga tanah melibatkan kerugian RM35,000.

Al Amin ditahan pada Isnin

Menurut laporan Sinar Harian, suspek, Datuk Mohamad Azlan Abdullah @ Ali, 38, atau lebih dikenali sebagai Azlan Al Amin, ditahan sepasukan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu pada Isnin.

Al Amin

Foto: Sinar Harian

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Khairi Khairudin berkata, tangkapan itu dibuat bagi membantu siasatan kes membabitkan seorang pesara guru yang mendakwa menjadi mangsa penipuan pada tahun lalu.

Artikel lain: Ahli Perniagaan Bergelar Datuk Dituduh Atas Perbuatan Khianat

“Siasatan awal mendapati mangsa mengalami kerugian sekitar RM35,000 selepas dipercayai terlibat dalam urus niaga tanah yang tidak wujud,” katanya.

Menurut beliau, Azlan Al Amin akan dibawa ke Mahkamah Majistret Dungun pada Selasa (28 Oktober) bagi permohonan reman selama empat hari untuk membantu siasatan lanjut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Al Amin

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mohamad Azlan turut didakwa di Mahkamah Sesyen Besut pada hari sama atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat dengan merosakkan kereta Perodua Bezza milik seorang wanita sehingga menyebabkan kerugian RM5,000.

Suspek bersama adiknya, Mohd Mustakim Abdullah @ Ali, 31, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM6,000 setiap seorang.

Al Amin

Foto: Sinar Harian

Dalam pada itu, Mohd Khairi menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan sebarang urus niaga jual beli tanah atau hartanah serta memastikan semua dokumen disemak dan diuruskan melalui saluran sah bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Kerajaan memberi khabar gembira kepada bekas peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 apabila mereka bakal menerima merit khas dalam proses permohonan kerja sektor...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd