Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Tahan Lelaki Ganggu Penyu Bertelur Di Cherating, Dua Lagi Dicari

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan berhubung kejadian gangguan terhadap seekor penyu yang sedang bertelur di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu, Cherating, semalam.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian yang berlaku sekitar jam 7 pagi itu dirakam beberapa pelancong sebelum video berkenaan tular di media sosial.

Foto: Berita Harian

Rakaman memaparkan tiga lelaki mengangkat seekor penyu dan membawanya ke kawasan lubang bertelur yang sudah digali.

Artikel lain: Jangan Terus Lupus, NGO Cadang Anjing Liar Diserah Kepada Pencinta Haiwan

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak demikian bagi mempercepatkan proses bertelur dengan tujuan mengambil telur untuk dijual atau digunakan secara haram.
“Namun selepas ditegur beberapa pengunjung, penyu berkenaan dilepaskan semula ke laut,” katanya.

Bertindak atas laporan Ketua Pusat Konservasi Penyu Cherating, polis menjalankan siasatan dan berjaya mengenal pasti salah seorang suspek.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun ditahan di sekitar Cherating pada jam 1 petang tadi, manakala dua lagi suspek masih dikesan. Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah,” ujarnya.

Kes disiasat oleh Jabatan Perikanan Malaysia mengikut Seksyen 27 Akta Perikanan 1985.

penyu

Foto: FB mynewshub

Mohd Adli menegaskan pihaknya akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Perikanan serta agensi berkaitan bagi memastikan individu yang mengganggu spesies marin dilindungi akan dikenakan tindakan tegas.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak mengganggu hidupan marin dan digalakkan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa jika mengesan sebarang aktiviti mencurigakan.

Sumber: Malaysia Gazette (Zazrina Zainuddin)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Sosial

Jasad penuntut Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Polimas), Muhammad Amsyar Muqri Masri, 18, ditemui pada hari kedua operasi selepas hilang dalam insiden mesin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd