Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Tahan Ibu Bapa Abai Anak, Paksa Tidur Di Koridor Rumah

Polis menahan ibu bapa remaja 13 tahun yang diabaikan dengan dibiarkan tidur di kaki lima flat perumahan dan tidak dibenarkan masuk ke rumah pangsapuri kos rendah keluarganya selama empat hari berturut-turut yang berlaku di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

Foto: Berita Harian

Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, pihaknya menahan pasangan suami isteri warga tempatan yang masing-masing berusia 54 dan 56 tahun dan merupakan ibu bapa remaja terbabit.

“Hasil semakan mendapati suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau, dan hasil ujian saringan awal air kencing kedua-dua suspek adalah negatif.
“Kedua-dua suspek sedang ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama lima hari mulai 11 Julai hingga 15 Julai 2024,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Foto: Majoriti

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga berkata, remaja tersebut berjaya diselamatkan pihak polis pada Rabu selepas diabaikan ibu bapanya sendiri sejak 7 Julai lalu.

Mohd Sohaimi turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan dan menimbulkan salah faham dalam kalangan masyarakat.

Foto: Majoriti

Untuk makluman, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Polis Daerah Seri Alam

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd