Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Tahan Enam Individu Terlibat Dalam Kes Kehilangan Kerosin Jet-A1

Polis menahan enam individu termasuk tiga anggota polis bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan bahan api Kerosin Jet-A1 di Pangkalan Udara Semenanjung, Pasukan Gerakan Udara (UUP) Subang, Selangor.

Menerusi satu kenyataan, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan bahan api tersebut pada Isnin lalu.

Foto: Utusan

“Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah amanah jenayah,” katanya pada Khamis.

Beliau juga memaklumkan pihaknya telah membuat beberapa siri tangkapan ke atas enam lelaki berusia 31 hingga 55 tahun selepas siasatan dijalankan pada Selasa lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pihak polis mengesahkan tiga orang daripadanya adalah merupakan pegawai rendah polis yang bertugas di dalam Pangkalan Udara Semenanjung PDRM,” ujarnya.

Foto: Google

Hussien turut berkata, kesemua individu terbabit telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya untuk permohonan reman pada hari tangkapan itu dibuat.

“Mahkamah telah membenarkan permohonan reman selama tempoh dua hingga tujuh hari bermula 17 Julai sehingga 23 Julai 2024,” jelasnya lagi.

Malah, beliau turut menegaskan pihak polis tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan mengikut undang-undang walaupun kes melibatkan pihak polis.

Sumber: Facebook Polis Selangor

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd