Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Siasat Penularan Video Dipercayai Sarjan Mejar Tampar Orang Awam

Tular di media sosial video seorang individu dipercayai berpangkat Sarjan Mejar  tampar orang awam sehingga mangsa dilihat menahan kesakitan berikutan dikasari berkali-kali.

Dikatakan polis berpangkat sarjan mejar

Perkongsian tersebut telah dimuat naik semula akaun X druglordfxdl dengan mengatakan bahawa individu terbabit masih lagi bertugas ketika ini.

 

Sarjan mejar tampar orang awam, polis segera siasat

Susulan daripada penularan  video yang berdurasi 33 saat itu, pihak polis telah mengambil tindakan dengan mengesan individu terbabit yang dimaklumkan berpangkat sarjan mejar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan dari Harian Metro, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, pihak polis akan menyiasat dengan terperinci berkenaan kejadian tersebut memandangkan ada memetik nama pegawai polis dan jawatannya.

Video tular itu dikesan pada 3.11 petang yang turut memetik nama pegawai polis terbabit serta jawatannya.

“Kita akan menyiasat perkara ini dengan terperinci dan menggesa orang awam atau saksi kejadian untuk tampil membuat laporan dan menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.
“Tindakan mengikut undang-undang akan diambil terhadap pihak berkaitan tanpa kompromi,” katanya.

Artikel lain: Dua Anggota Polis Disyaki Samun, Perkosa Pelajar Kolej Swasta

Sementara itu, melihat dari video yang tular tersebut, lelaki dipercayai berpangkat sarjan mejar itu telah mengasari seorang individu dengan sembilan tamparan dan menarik rambut dalam keadaan mangsa sedang duduk

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian dilihat seperti berada di dalam restoran apabila terdapat meja makan dan juga kerusi lain berhampiran rakaman berkenaan dibuat.

Sumber: X druglordfxdl, Harian Metro (Izz Laily Hussein)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd