Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cemburu Bertukar Tragedi: Polis Siasat Nahas Angkara Abang Kejar Adik Lari Dengan Teman Lelaki

Polis Siasat Nahas

Polis siasat nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 308 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara, semalam, yang berpunca daripada perselisihan faham dan pertengkaran antara individu terlibat.

Ketua Polis Daerah Serdang, A. A. Anbalagan berkata, siasatan dibuka di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, susulan laporan daripada seorang wanita berusia 24 tahun sehari selepas kejadian tersebut.

Polis Siasat Nahas Angkara Abang Kejar Adik Lari

Menurutnya, kejadian bermula apabila mangsa ternampak teman lelakinya bersama wanita lain di sebuah pasar rasa dekat Puchong.

“Akibat daripada itu, telah berlaku pertengkaran menyebabkan mangsa dipukul wanita berkenaan sehingga cedera di muka sebelum dileraikan oleh teman lelakinya.
“Mangsa juga bergelut dengan teman lelakinya ketika cubaan mendapatkan telefon bimbit wanita tersebut mengakibatkan peranti itu jatuh, pecah dan rosak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Artikel lain: Kanak-Kanak 11 Tahun Jadi Punca Kehamilan Sepupu -Polis Kelantan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, selepas itu, teman lelaki mangsa menawarkan untuk menghantar mangsa pulang bersama wanita tersebut, namun sebaliknya mereka telah memandu menuju ke kampung teman lelakinya.

Sepanjang perjalanan, mangsa telah dipukul oleh kedua-dua individu terbabit sebelum mereka membuat keputusan untuk berpatah balik ke rumah mangsa.

“Sebaik tiba di rumah mangsa di Bandar Baru Sri Petaling, teman lelakinya memecut laju kereta sehingga hampir melanggar abang mangsa yang berada di luar rumah,” jelasnya.

Abang mangsa, yang tidak berpuas hati dengan keadaan itu, segera menaiki kereta dan mengejar teman lelaki adiknya sehingga berlaku kejadian kejar-mengejar yang berakhir di Plaza Tol Gopeng di Lebuh Raya Utara-Selatan.

Terdahulu, kecoh di media sosial membabitkan kemalangan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 308 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara semalam berpunca ekoran insiden sebuah kereta mengejar kenderaan pelbagai guna (MPV).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, insiden itu berpunca berikutan perselisihan faham berkaitan isu kekeluargaan membabitkan seorang lelaki memandu Honda City mengejar adiknya yang dikatakan mengikut teman lelaki menaiki Proton Ertiga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, pihaknya menerima dua laporan berkaitan kemalangan itu pada pukul 10.46 pagi.

Sumber: Kosmo! Online (Harrith Hisham), FB Buletin Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peguam berjiwa rakyat yang dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung...

Sosial

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd