Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Polis Mulai Guna Kamera Badan Oktober Ini, Upaya Kesan Salah Laku

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka mulai guna kamera badan pada Oktober ini apabila bakal menerima 7,648 unit kamera badan (BWC) secara berperingkat mulai September 2024 hingga Februari 2025.

Setiap pengguna akan dibekalkan ID khas semasa bertugas

Memetik laporan dari Sinar Harian,Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad memaklumkan yang BWC ini  mampu merekodkan pergerakan di lokasi serta tidak mempunyai fungsi untuk menghapus segala rakaman.

“Setiap pengguna (pegawai, anggota yang memakai BWC) akan dibekalkan ID khas semasa penugasan.
“BWC ini mampu merakam video dan audio sehingga lapan jam penugasan serta akan dijadikan rakaman bukti percakapan dan perbuatan pesalah (individu yang diperiksa),” katanya.

Polis Mulai Guna Kamera Badan Oktober, mampu tangani kes salah laku

Beliau juga menjelaskan bahawa BWC akan disenarikan sebagai penggunaan wajib ketika tugasan.

“Adalah menjadi kesalahan tatatertib bagi mana-mana pegawai atau anggota polis yang gagal mematuhi arahan pemakaian BWC ini khasnya kepada petugas Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB
Bagi memastikan arahan pemakaian dan penggunaan BWC dilaksanakan sepenuhnya, prosedur operasi standard (SOP) penggunaannya telah siap dan berada dalam peringkat kemas kini untuk dihebahkan kepada semua peringkat pegawai polis di seluruh kontinjen,”ujarnya.

Tambah Wan Hassan lagi, BWC ini bukan sahaja mampu menangani kes-kes salah laku dan integriti dikalangan petugas MPV dan URB tetapi juga mampu melindungi mereka daripada tohmahan terhadap sebarang tuduhan semasa melaksanakan penugasan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penggunaan BWC juga mampu meningkatkan integriti dikalangan pegawai dan anggota polis, di mana ia dapat mencegah dan mengurangkan salah laku serta meningkatkan rasa selamat dikalangan orang awam,” katanya.

Polis mulai guna kamera badan secara berperingkat

Ujarnya lagi, BWC  akan ditempatkan di 157 ibu pejabat polis daerah (IPD) serta 640 balai polis di seluruh kontinjen dan penggunaannya adalah secara berperingkat mulai Oktober ini.

“Pada masa ini, kita menjangkakan BWC akan digunakan sepenuhnya oleh petugas-petugas MPV dan URB pada Mac 2025.
“Bagi memastikan semua petugas MPV dan URB mahir dalam mengendalikan BWC, latihan penggunaan akan dilaksanakan mulai Mac 2025 hingga“Pada masa ini, kita menjangkakan BWC akan digunakan sepenuhnya oleh petugas-petugas MPV dan URB pada Mac 2025.
“Bagi memastikan semua petugas MPV dan URB mahir dalam mengendalikan BWC, latihan penggunaan akan dilaksanakan mulai Mac 2025 hingga Disember 2025,” katanya. Disember 2025,” katanya.

Selain daripada selari dengan kepolisan moden yang menggunakan tekonologi terkini, pengunaan BWC juga akan menaikkan lagi imej PDRM dalam kalangan masyarakat kerana rakamannya boleh dijadikan bukti di mahkamah.

Sumber: Sinar Harian (Ahmad Ismadi Ismail)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd