Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Dibenar Pegang Wang Tunai RM100 Sahaja Ketika Dalam Operasi

Setiap anggota polis dibenar pegang wang tunai RM100 sahaja sewaktu berada dalam operasi ataupun sebarang penugasan.

Sudah termaktub dalam peraturan

Memetik laporan dari Sinar Harian, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan yang boleh sahaja membawa lebih daripada jumlah terbabit namun perlu  diisytiharkan dalam buku catitan (pocket book) serta dimaklumkan kepada penyelia yang bertugas.

“Mengikut prosedur pemilikan wang yang dibenarkan dibawa ketika operasi atau penugasan sememangnya hanya RM100, kalau lebih kena maklum sebelum operasi dijalankan.
“Perkara ini sememangnya sudah termaktub dalam peraturan yang ditetapkan dan setiap anggota dan pegawai polis perlu mematuhinya,” katanya.

Artikel lain: Gaji Rendah, Sikap Antara Faktor Polis Terlibat Rasuah – KPN

Polis dibenar pegang wang tunai RM100 sahaja, bawa lebih kena maklumkan

Dalam sidang akhbar yang bertempat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam itu, beliau turut mengulas mengenai kes berkaitan 10 anggota polis trafik yang disiasat berhubung penemuan wang tunai lebih RM3,000 semasa melaksanakan operasi sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujarnya, siasatan berkenaan hal tersebut sedang dijalankan di bawah Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 selain siasatan dibawah tatatertib.

“Kes ini masih dalam siasatan, kita perlu siasat sama ada wang yang ditemui adalah wang milik sendiri atau ada elemen-elemen lain termasuk ada dibuat pengeluaran wang atau sebagainya,” katanya.

Sekadar gambar hiasan

Terdahulu, berita telah melaporkan 10 anggota polis trafik termasuk seorang pegawai berpangkat Inspektor disiasat berhubung penemuan wang tunai di dalam beg dan kereta peronda mereka ketika menjalankan Op Alkohol.

Setakat ini, kesemua mereka telah diarahkan untuk melakukan tugasan pentadbiran sehingga siasatan selesai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Aminuraliff)

 

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan seorang bekas pekerja IT kepada 12 tahun berhubung insiden samseng jalan raya yang meragut nyawa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd