Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Polis Buru Lelaki Pukul Guru Sekolah Memandu Di Perkarangan Balai Polis

Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai menyerang seorang guru sekolah memandu di Muar dalam kejadian di perkarangan Balai Polis Parit Sulong, petang Selasa.

Guru sekolah memandu dipukul

Menurut laporan Harian Metro, insiden berlaku ketika mangsa, lelaki berusia 56 tahun, memasuki kawasan balai polis berkenaan untuk membuat laporan selepas diekori suspek yang menunggang motosikal.

guru sekolah memandu

Foto: Malaysia Gazette

Sebelum itu, mangsa memandu kereta membawa empat pelajarnya dari Muar menuju ke Taman Muiara.

Artikel lain: Lelaki Ditahan Selepas Disyaki Pukul Kanak-Kanak Perempuan Guna Tukul Besi

Ketika memalui Parit Tegak, Jalan Muar-Batu Pahat, suspek didakwa menjerit sambil memukul kereta mangsa tanpa sebarang sebab.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketua Polis Daerah Baru Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan awa mendapati suspek dipercayai memakai cincin ketika memukul sehingga menyebabkan mangsa cedera.

“Suspek telah melarikan diri dan usaha mengesannya sedang giat dijalankan. Mangsa dihantar ke hospital untuk rawatan,” katanya.

Terdahulu, rakaman video berdurasi seminit48 saat yang memaparkan suspek mengekori kereta mangsa sambil menjerit tular di media sosial. Rakaman itu dipercayai diambil oleh salah seorang pelajar yang berada di dalam kereta.

guru sekolah memandu

Foto: Malaysia Gazette

Difahamkan, guru sekolah memandu itu sempat mengarahkan semua pelajarnya keluar dan berlindung di rumahnya sebelum beliau terus memandu ke Balai Polis Parit Sulong bagi membuat laporan.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Industri pelancongan tampil mempertahankan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Tiong King Sing susulan isu alkohol dalam satu majlis anjuran Tourism Malaysia baru-baru...

Lokal

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menegaskan bahawa penjawat awam tidak dibenarkan sama sekali menyertai mana-mana majlis atau aktiviti yang melibatkan minuman keras,...

Sukan

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak...

Sosial

Baru-baru ini tular seoarang lelaki mencuri perhatian ramai apabila mengulas berkenaan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Semenanjung Gaza. Hanya sekadar lakonan Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd