Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Mula Kempen Pengiriman Poskad Khas Kepada PBB Demi Palestin

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mula Kempen Pengiriman Poskad Khas kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres di Putrajaya hari ini.

Foto: Bernama

Kementerian Komunikasi berkata, kempen tersebut turut disertai oleh barisan jemaah menteri yang menandatangani poskad tertera “We appeal for the UN to accept The State of Palestine as a full member. Ceasefire now!”

“Kempen ini diadakan bagi menyuarakan aspirasi rakyat Malaysia dalam menuntut keadilan dan keamanan Palestin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Artikel lain: Nilai Ringgit Dibuka Rendah, Semakin Merosot RM4.70 Sedolar AS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Penghantaran pertama poskad khas ini dibuat melalui Wakil Tetap Malaysia ke PBB bagi menekankan kepentingan untuk mewujudkan saluran komunikasi antara rakyat Malaysia dan PBB.

PM mula Kempen Pengiriman Poskad Khas kepada PBB

Foto: Berita Harian

“Saluran ini perlu diwujudkan untuk membolehkan rakyat Malaysia menyalurkan pandangan kepada PBB dalam memelihara keamanan dan keselamatan sejagat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Malaysia juga berharap agar inisiatif ini mendapat perhatian serius daripada Guterres untuk menerima Palestin sebagai ahli PBB sekali gus menghentikan keganasan yang berlaku.

Poskad ini boleh dibeli mulai 18 Januari 2024 di semua pejabat pos pada harga RM2.00 sekeping (termasuk setem pracetak 90 sen).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Bernama

Orang ramai juga boleh membuat pembelian secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi Pos Malaysia Berhad di https://shop.pos.com.my/.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu insiden tular di media sosial apabila seorang individu Jepun meluahkan kekesalan terhadap pelancong Malaysia yang dikatakan menampal pelekat di fasiliti stadium mereka. Menerusi...

Dunia

Rakyat Malaysia yang merancang bercuti ke selatan Thailand sempena cuti panjang Aidilfitri hujung minggu ini dinasihatkan menangguhkan perjalanan susulan isu kekurangan bekalan petrol dan...

Lokal

“Kenapa tangan ringan nak pukul anak orang? Umur muda dan tenaga banyak, patut guna untuk tanggung keluarga,” itu nasihat Majistret Rais Imran Hamid kepada...

Lokal

Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas diserang buaya ketika menjala udang ditemukan dalam keadaan tidak sempurna oleh pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd