Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PM Anwar Prihatin, Arah Bantuan Segera Kepada Dua Anggota Trafik Cedera Semasa Tugasan ASEAN

PM Anwar Prihatin

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan keprihatinan terhadap dua anggota trafik yang cedera ketika menjalankan tugas mengiringi delegasi antarabangsa sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini, dan telah mengarahkan agar bantuan segera disalurkan kepada mereka.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau mewakili Perdana Menteri untuk menyampaikan sumbangan serta menzahirkan keprihatinan kepada dua anggota terbabit sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan mereka.

“Saya difahamkan kedua-dua anggota mengalami kecederaan serius dalam kemalangan berasingan ketika menjalankan tugas. Sebaik menerima laporan mengenai kejadian, Perdana Menteri terus mengarahkan saya untuk segera menyalurkan bantuan dan menyampaikan kata-kata semangat kepada mereka.

“Ini sebagai tanda penghargaan atas khidmat cemerlang pasukan keselamatan yang memastikan kelancaran Sidang Kemuncak ASEAN,” katanya  selepas mengadakan lawatan kebajikan kepada dua anggota berkenaan masing-masing di Puchong dan Hulu Selangor, pada Selasa.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, serta Setiausaha Politik kepada Menteri Dalam Negeri, Omar Mokhtar.

PM Anwar Prihatin, Arah Bantuan Segera

Shamsul Iskandar berkata, bantuan itu juga bertujuan meringankan beban keluarga anggota terbabit yang turut terkesan akibat kecederaan dialami mereka.

“Perdana Menteri mengarahkan agar sumbangan segera diberikan kerana tugas yang mereka laksanakan amat penting demi keselamatan, selain berdepan risiko tinggi,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh anggota keselamatan atas komitmen dan pengorbanan mereka dalam memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang sidang kemuncak ASEAN berlangsung.

Dalam kejadian pertama pada Sabtu lepas, Koperal Kamarul Suari, 35, cedera selepas motosikal Kawasaki GTR milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang ditungganginya dilanggar sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di Kilometer 22.3 susur keluar Kawasan Rehat dan Rawat Dengkil arah Utara, Lebuhraya Elite.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Facebook PM Anwar Dibanjiri Ucapan Terima Kasih Rakyat Kemboja

Ketika kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, Kamarul yang bertugas di Cawangan Kawalan Lalu Lintas JSPT Kuala Lumpur mengalami kecederaan patah betis kiri, cedera pergelangan kaki kiri serta lutut kiri dan menerima rawatan di Hospital Cyberjaya.

Dalam kejadian kedua pada Ahad lepas, Lans Koperal Muhammad Danial Mohd Nadzri, 25, cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan di Jalan Tun Razak berhampiran susur keluar Jalan Kinabalu, Kuala Lumpur.

Ketika kejadian, Muhammad Danial yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya sedang mengiringi delegasi dari Brazil yang dalam perjalanan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN sebelum motosikalnya terlanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti secara tiba-tiba.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: BERNAMA, FB Omar Mokhtar

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pemuda yang maut dalam kemalangan meragut dua nyawa apabila kenderaan Toyota Vios dinaiki terbakar di Kilometer 32 Jalan Tanjung Balau – Sedili awal pagi...

Lokal

Dua mangsa yang rentung dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 32, Jalan Tanjung Balau–Sedili awal pagi tadi dikenal pasti sebagai pasangan kekasih. Menurut laporan...

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Lokal

Dalam hidup berumahtangga, kesetiaan dan pengorbanan tidak selalu dibalas dengan penghargaan. Itu yang berlaku kepada Melda Safitri, 33 tahun, seorang isteri dan ibu kepada...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd