Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PK Battle TikTok Rosakkan Akhlak Remaja, Kerajaan Digesa Haramkan – NGO

Ciri “PK Battle” dalam aplikasi TikTok kini menjadi perhatian serius apabila didakwa memberi kesan negatif terhadap akhlak dan gaya hidup anak muda di negara ini.

Menurut laporan Malaysia Gazette, sehubungan itu, kerajaan digesa mengambil langkah tegas untuk mengharamkan ciri tersebut bagi melindungi generasi muda daripada pengaruh yang tidak sihat.

Presiden Pertubuhan Damai Revolusi Masyarakat, L. Francis, berkata Kementerian Komunikasi bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu segera mengadakan perbincangan dengan pihak TikTok bagi menyekat ciri berkenaan daripada terus diakses oleh pengguna tempatan.

Foto: Malaysia Gazette

Menurut beliau, PK Battle adalah sebuah siaran langsung yang mempertemukan dua pengguna TikTok dalam pertandingan mengumpul hadiah digital yang semakin disalahguna sehingga mencetuskan perlakuan yang memalukan dan merendahkan maruah peserta.

“PK Battle ini nampak macam suka-suka tapi bila kalah, ada pula hukuman yang dikenakan seperti buat siaran langsung ketika mandi walaupun berpakaian, menyapu tepung di muka, lumur tahi lembu dan berjalan dalam keadaan separuh bogel.
“Ini semua perkara yang tidak sepatutnya berlaku, apatah lagi dipertontonkan secara langsung kepada umum.
“Kita juga bimbang ada unsur ‘cuci duit’ dalam PK Battle ini kerana ada hadiah yang diberikan bernilai RM3,000 hingga RM10,000 dan agak mustahil seseorang itu boleh berbelanja sedemikian kepada orang tidak dikenali,” katanya.

Beliau turut mendedahkan bahawa pihaknya telah menerima pelbagai aduan daripada masyarakat, khususnya ibu bapa yang risau akan pengaruh PK Battle terhadap anak-anak mereka yang berusia bawah 30 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ada yang sanggup berjaga hingga lewat malam hanya untuk menonton pertandingan tersebut, malah memberi hadiah digital bagi memastikan hukuman dijalankan.

“Perkara ini bukan sahaja merosakkan akhlak tetapi juga mendorong kepada budaya hedonisme dalam kalangan remaja.
“Tambahan pula, wujud elemen buli siber apabila akaun palsu digunakan untuk meninggalkan komen-komen yang melampau,” jelasnya.

Salah satu aduan yang diterima oleh NGO tersebut termasuk kes seorang remaja yang sanggup mencuri wang dari rumah untuk membeli hadiah digital bagi menyertai PK Battle.

Foto: Carian Google

“PK Battle ini bukan hiburan tetapi satu bentuk penyimpangan sosial yang semakin menjadi-jadi dan kalau tidak dibendung dari sekarang, generasi kita akan hanyut dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat.
“Justeru kita gesa kerajaan tidak memandang ringan terhadap ancaman sosial yang dibawa oleh ciri-ciri media sosial yang bersifat keterlaluan dan tidak terkawal.
“Kami percaya, langkah penyekatan atau pengharaman PK Battle ini bukanlah satu bentuk penindasan terhadap kebebasan di media sosial tetapi satu usaha untuk menyelamatkan nilai moral dan jati diri anak bangsa,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut menyeru agar ibu bapa memainkan peranan penting dalam memantau penggunaan media sosial anak-anak serta memberikan pendidikan tentang etika dan tanggungjawab digital.

Sumber: Malaysia Gazette (Malinda Abdul Malik)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Sosial

Video seorang anggota ATM fasih berborak dengan juruterbang pasukan Russian Knight menggunakan bahasa Rusia telah menarik perhatian ramai apabilakedua-duanya dilihat rancang berbual. Anggota ATM...

Sukan

Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail (TMJ) menyindir cadangan segelintir pihak yang mahu memboikot saingan Liga Super musim depan susulan beberapa...

Spotlight

Anggotan kumpulan BTS, iaitu Jin mengejut peminatnya minggu lalu apabila menjemput pelakon terkenal Tom Cruise sebagai tetamu undangan dalam rancangan ‘Run Jin’. Jin BTS...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd