Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pintu Jeriji Rosak! Polis Kesan Penyokong Bola Sepak Buat Kecoh Di Stadium

Polis giat mengesan sekumpulan penyokong bola sepak yang disyaki terbabit dalam insiden kekecohan di sebuah stadium, susulan rakaman video kekecohan yang tular pada jam 10.15 pagi semalam.

Memetik kenyataan media, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly, berkata siasatan awal mendapati kejadian disyaki bermula sejurus tamat perlawanan liga tempatan kira-kira jam 11 malam, semalam.

Foto: FB Polis Daerah Petaling Jaya

“Kekecohan menyebabkan pintu jeriji besi di laluan masuk ke tempat duduk penyokong dirosakkan.
“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Foto: FB Polis Daerah Petaling Jaya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Terdahulu, polis menerima satu laporan berhubung kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City dengan Johor Darul Takzim (JDT) di luar perkarangan Stadium Cheras, semalam.

Foto: FB Polis Daerah Petaling Jaya

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Ravinder Singh Sarban berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi empat minit 42 saat di Youtube kira-kira pada 2 petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Video tersebut memaparkan  sekumpulan penyokong membaling objek dan mercun semasa keluar dari stadium selepas perlawanan itu.

Susulan daripda itu, pihak polis turut menerima satu laporan berkenaan kes pecah cermin kereta daripada seorang lelaki warga tempatan dalam kejadian itu.

Sumber: Facebook Polis Daerah Petaling Jaya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penceramah bebas berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki menyebarkan beberapa video seks membabitkan dirinya bersama keempat-empat isterinya. Laporan polis dibuat oleh isteri...

Sosial

Seorang lelaki mendakwa seorang pemandu bas RapidKL memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggar dia dan rakan-rakannya yang sedang menunggang basikal dalam satu kejadian di...

Sukan

Bekas penjaga gol legenda Pulau Pinang, Firos Mohamed, 53, meninggal dunia selepas rebah ketika beraksi dalam perlawanan empat penjuru Piala Dr Zambry Abd Kadir...

Sosial

“Orang meniaga ini ada dua jenis. Satu nak kaya, satu lagi cuma nak sambung kehidupan. Kami yang kedua. Janji dapat teruskan hidup.” Itu luahan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd