Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pihak Berkuasa Buka Kertas Siasatan Susulan Wanita Hina Anggota Polis Bawahan

Umum sedia maklum mengenai rakaman yang tular mengenai seorang wanita yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis bawahan sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan ramai.

Susulan kejadian itu, menurut laporan Harian Metro, pihak polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan).

“Menerusi laporan polis yang dibuat oleh anggota polis yang terbabit dalam kes ini, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil,” katanya.

Menerusi video berdurasi pendek yang telah tular sejak semalam, kelihatan seorang wanita yang dipercayai seorang wanita yang dipercayai pegawai kanan polis  tidak henti-henti mengeluarkan kata-kata hinaan terhadap dua anggota polis .

Sepanjang rakaman video itu, wanita terbabit merendah-rendahkan pangkat anggota polis terbabit dan anggota polis itu tidak layak membuat teguran terhadapnya kerana dia berpangkat lebih tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kau Lans Koperal, kau tak layaklah. Kau pangkat lagi kecik daripada akulah. Cara cakap macam OCPD (Ketua Polis Daerah), kau tak layaklah. Kau jadi pegawai dululah Lans Koperal!
“Kau berlagak macam apa, pangkat dahlah rendah,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro (Nor Azizah Mokhtar)

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd