Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Piala Thomas 2024: KBS Anjur Tayangan Skrin Besar Di 15 Lokasi

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) menganjurkan tayangan skrin besar bagi pertembungan melibatkan skuad Malaysia dan China pada peringkat separuh akhir Piala Thomas 2024.

Menerusi satu laporan Sukanz, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melalui hantaran di pelbagai platform media sosialnya memberitahu perkara tersebut sebagai tanda sokongan kepada skuad negara.

Foto: FB Hannah Yeoh

“Tayangan skrin besar perlawanan separuh akhir Piala Thomas 2024 untuk pasukan Malaysia.
“KBSMalaysia akan menyediakan skrin besar untuk rakyat Malaysia mengikuti siaran separuh akhir Piala Thomas. Mari beramai-ramai dan bersorak untuk pasukan kita pada Sabtu ini!,” katanya pagi tadi.

Beliau berkata, pertembungan tersebut dapat disaksikan secara beramai-ramai menerusi tayangan skrin besar seluruh negara melibatkan 15 lokasi yang terpilih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Hannah Yeoh

“Dataran Merdeka Selangor (Kuala Lumpur), SACC Mall, Shah Alam (Selangor), Dataran Putrajaya, Presint 3 (Putrajaya), Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar (Perlis), Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar, Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya (Perak), Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi dan Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh (Melaka).
“Selain itu, di Toppen Shopping Centre, Johor Bahru, Dataran Kolej Poly-Tech MARA, Kota Bharu (Kelantan), Ali Spices, Kampung Ladang, Kuala Terengganu, Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (Pahang), Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Kuching, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sabah, Putatan dan Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Sukan Labuan,” ujar beliau.

Hannah turut memberitahu pertembungan itu berlangsung di Chengdu High-tech Zone Sports Center Gymnasium, Chengdu, China dan akan disiarkan bermula jam 5 petang waktu Malaysia pada 4 Mei.

Foto: Bernama

Untuk makluman, pasukan Malaysia buat julung kalinya berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Thomas selepas lapan tahun apabila mendapat kemenangan 3-1 ke atas Jepun, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sukanz (Hafizuddin Omar)

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sosial

Baru-baru ini tular di media sosial, seoarang warga emas mengusap air mata menerima bantuan daripada seorang pemuda setelah berdepan detik cemas kehabisan minyak motor...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd