Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pertahan Pingat Emas, Sarawak Umum Insentif RM500,000 Buat Bonnie Bunyau

Kerajaan Sarawak umum insentif RM500,000 buat atlet powerlifting Bonnie Bunyau Gustin atas kejayaannya dalam mempertahankan pingat emas dengan memecahkan rekod dunia pada temasya Paralimpik Paris 2024.

Memetik laporan Free Malaysia Today, Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata Bonnie telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dan juga Sarawak dalam arena sukan antarabangsa.

Sarawak umum insentif RM500,000 buat Bonnie Bunyau

Sarawak Umum Insentif Buat Bonnie Bunyau

Foto: Bernama

“Bonnie ialah model yang harus kita ambil sebagai contoh, saya ucapkan tahniah kepada Bonnie kerana telah dapat memecahkan rekod dunia yang mengharumkan negara Malaysia dan juga Sarawak.
“Kita harap ini akan menjadi dorongan kepada atlet-atlet muda Para Sukma untuk berlatih denga lebih giat supaya mendapat kejayaan pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Para Sukan Malaysia (Para Sukma) 2024 di Stadium Perpaduan pada Ahad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya lagi, Sarawak akan terus melatih atlet para yang mempunyai potensi mewakili negara pada peringkat antarabangsa untuk bersama-sama merealisasikan pembangunan sukan tanah air.

Artikel lain: 13 Ekor Kuda Di Pusat Latihan GISBH Dicop Dengan Logo Syarikat Itu – JHEAT

“Ingin saya nyatakan di sini kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bahawa Sarawak akan bersama-sama turut serta membangunkan sukan di seluruh Malaysia dengan kemampuan Sarawak yang ada … sebab itu kita telah bersetuju menjadi penganjur bersama Sukan SEA 2027.
“Kepada para atlet, saya yakin mereka akan berusaha bukan sahaja mendapat kemenangan tetapi melatih diri dari segi keyakinan diri dalam menghadapi cabaran hidup. Saya yakin atlet Para Sukma juga boleh memberikan kejayaan yang besar,” ujarnya.

Sarawak Umum Insentif Buat Bonnie Bunyau

Foto: Bernama

Pada Sukan Paralimpik Paris bulan lepas, Bonnie mempertahankan emas kategori 72kg lelaki dengan angkatan seberat 232kg, meleburkan rekod dunia 231kg yang dicapainya pada Kejohanan Powerlifting Para Dunia 2023 di Dubai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jumlah angkatannya itu juga menjadi rekod baharu temasya sukan tersebut, mengatasi rekod 228kg yang juga milik Bonnie pada edisi Tokyo 2020.

Kerajaan persekutuan memperuntukkan imbuhan RM1 juta bagi kejayaan meraih emas di Paralimpik menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan, selain tambahan sekiranya memecahkan rekod temasya atau dunia.

Sumber: Free Malaysia Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Nasional

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan bahawa Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012 sebagai tidak berpelembagaan. Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dicapai sebulat...

Sosial

Seorang wanita warga Malaysia masih trauma selepas melalui detik mencemaskan apabila pesawat Batik Air yang dinaikinya hampir tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd