Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Perdana Menteri Umum Proton e.MAS 7 Jadi Kenderaan Rasmi ASEAN 2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim umum Proton e.MAS 7, kenderaan elektrik (EV) pertama nasional keluaran Proton akan menjadi kenderaan rasmi Malaysia sempena kepengerusian ASEAN 2025.

Memetik laporan Kosmo! Online, e.MAS 7 merupakan kereta mesra alam nasional yang menjadi bukti kemampuan Malaysia menghasilkan kereta elektrik bermutu.

Perdana Menteri Umum Proton e.MAS 7

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau sangat berbangga dengan kejayaan dilakar Proton sehingga ke tahap ini.

Perdana Menteri Umum Proton e.MAS 7

“e.MAS 7 akan menjadi kenderaan rasmi ketika Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025. e.MAS.7 model EV diharapkan ia dapat mempromosi kemampuan kita menghasilkan kereta elektrik bermutu.
“Malaysia mahu menjadi contoh kepada rantau ASEAN dalam usaha mempromosikan kemampuan membangunkan sifar karbon.
“Setinggi kesyukuran kerana kita catat sejarah gemilang bukan sahaja angkat martabat Proton dan Geely tapi imej keupayaan negara terutama rakyat Malaysia dalam menghasilkan kejayaan ini,” katanya pada majlis pelancaran Proton e.MAS 7 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Isnin.

Artikel lain: Majukan Industri Tempatan Dua Negara, Proton Buka Kilang CKD Di Mesir

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, beliau turut mengimbas kembali pasang surut yang perlu ditempuh Proton sebelum ini dengan menyifatkan kejayaan hari ini hasil pengajaran yang telah diperbaiki.

“Seperti mana saya pernah katakan dulu bahawa Proton ada sejarah gemilang. Ia diasaskan semasa Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri (keempat), ada pasang surut yang mencabar.
“Namun pengajaran kita peroleh ialah kita harus akui bahawa kerajaan bertanggungjawab untuk beri bantuan dan kerjasama, tidak masuk campur dan bebaskan mereka dengan penyelidikan, latihan dan tatakelola ke tahap lebih baik,” katanya.

Harga e.MAS 7 bermula RM105,800 untuk 345 km; RM119,800 untuk 410km dan RM123,800 untuk 410km.

Sumber: Kosmo! Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd