Tular di media sosial, pelancong asing dakwa diperkosa tujuh lelaki di hadapan suaminya ketika bercuti di negara India, baru-baru ini.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman X, lelaki yang merupakan suami kepada wanita tersebut mendedahkan mereka turut dipukul dan dirompak sebelum isterinya dirogol oleh tujuh orang lelaki tidak dikenali.
Difahamkan juga, mereka yang berasal dari Sepanyol telah membuat laporan polis dan mendapatkan rawatan di hospital selepas kejadian itu berlaku.
Hati hati sapa yang travel ke India, travel blogger end up kena rog*l dengan 7 orang india. Dah la kena rog*l pastu kena belasah lagi. kena rog*l depan suami. India ni breed lain macam, breed syaitan rasanya. Selain suka bercakap telefon perangai dia suka follow orang asing. pic.twitter.com/zZ6STJbgg2
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) March 3, 2024
Artikel lain: Diperkosa Dua Lelaki Rohingya, Remaja Usia 15 Tahun Ditinggalkan Di Taman Permainan
“Ada kejadian yang telah berlaku kepada kami yang kami harap tidak terjadi kepada orang lain. Tujuh lelaki telah merogol saya, mereka juga memukul dan merompak kami.
“Walaupun tidak banyak perkara, kerana apa yang mereka mahu ialah merogol saya. Kami sekarang berada di hospital bersama pihak polis. Ia telah berlaku malam tadi (semalam) di India,” ujar mangsa.
Dalam perkembangan terbaharu, lelaki tersebut memaklumkan keadaan kesihatan mereka bertambah baik dan berterima kasih kepada orang ramai kerana memberi sokongan selama ini.
Jelasnya, tiga daripada tujuh suspek telah berjaya ditangkap dan percaya pihak berkuasa akan menjalankan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin.
“Jangan fikirkan perkara buruk terhadap negara India sebab ia tidak benar. India adalah negara yang mempunyai ramai rakyat yang baik.
“Ia adalah negara yang menarik untuk dikunjungi. Seperti negara lain, ada baik dan buruknya. Apa yang berlaku adalah sebuah insiden dan dia tidak meninggalkan kami satu kenangan yang buruk,” katanya lagi.
Netizen tak syor bercuti di India
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak mengesyorkan kepada orang ramai untuk melancong di negara India atas beberapa faktor terutamanya keselamatan.
Berhati-hati bercuti kat India
Malah, ada juga netizen yang menitipkan nasihat supaya lebih berhati-hati bercuti ke negara tersebut dan lebih baik membawa pengawal peribadi demi keselamatan diri.
Sumber: X @Malaysia Most Viral