Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Penyalahgunaan Dadah Pada Tahap Bahaya – Ahmad Zahid

Masalah penyalahgunaan dadah semakin membimbangkan dan mampu menggugat keselamatan awam, kestabilan ekonomi dan struktur sosial negara.

Penyalahgunaan dadah pada tahap bahaya

Penyalahgunaan dadah pada tahap bahaya

Foto: The Edge Malaysia

Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan sebanyak 192,875 penyalahgunaan barang terlarang dan penagih di negara dan 61 peratus daripadanya berusia antara 15 hingga 29 tahun mengikut data terkini pada 2024.

“Sebanyak 96 peratus kumpulan ini terdiri lelaki, yang didorong oleh pengaruh rakan sebaya dan rasa ingin mencuba,” kata Ahmad Zahid selepas mempengerusikan Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah di Putrajaya pada Isnin.

Beliau mendedahkan negeri dengan peratus tertinggi penyalahgunaan barang terlarang ini ialah Kelantan dengan 1,130 individu per 100,000 penduduk, seterusnya Terengganu (974), diikuti Perlis (965) dan Kedah (898).

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, Pelan Komunikasi Antidadah 2025-2027 secara meneyeluruh dan bersasar akan diluluskan hari ini sebagai satu inisiatif menangani masalah ini secara kompleks.

Pelan ini akan menumpukan kepada perubahan sikap, peningkatan kesedaran, dan penyampaian maklumat yang tepat melalui sinergi pelbagai agensi ke arah gerakan nasional melawan masalah ini secara kolektif.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Penyalahgunaan dadah pada tahap bahaya

Foto: Utusan Malaysia

Justeru itu, bagi memperkukuhkan rawatan dan pemulihan, Pusat Saringan dan Penilaian Dadah (DAC) oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), dengan pendekatan Single Point Entry dilakukan bagi memudahkan proses saringan dan intervensi bagi Orang Kena Tahan (OKT), tanpa perlu menunggu keputusan patologi.

“Hingga 5 April lepas, seramai 261 OKT menjalani penilaian di DAC Kuala Muda, Kedah,” ujarnya.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, Kementerian Dalam Negeri akan menggunakan Crime Data Network Analysis untuk mengetahui pola jenayah berhubung penyalahgunaan dadah secara lebih terperinci sekali gus membantu perumusan strategi yang lebih bersasar serta efektif.

Penyalahgunaan dadah pada tahap bahaya

Foto: Free Malaysia Today

Artikel lain: Penyalahgunaan Dadah Punca Masalah Jenayah Di Kelantan – Polis

Sementara itu, pihak kerajaan tidak akan berkompromi dalam pelaksanaan Dasar Dadah Negara (DDN) yang merangkumi pencegahan, rawatan, pemulihan, dan penguatkuasaan.

“Demi generasi masa depan yang bebas daripada ancaman dadah, kita tidak akan berganjak walau seinci pun dalam memerangi musuh nombor satu negara ini,” tambahnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menegaskan bahawa langkah membanteras dadah adalah tanggungjawab bersama dan memerlukan perhatian semua lapisan masyarakat, termasuk rakyat serta pertubuhan masyarakat sivil.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

Seorang lelaki dilaporkan hilang telah ditemukan meninggal dunia di dalam hutan air terjun di Kampung Teluk Sanau, Baling. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Balai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd