Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Penuntut IPT Ditemui Maut Dalam Longkang, Disyaki Jatuh Dari Tempat Tinggi

Penuntut IPT Ditemui Maut Dalam Longkang

Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 19 tahun ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah longkang berhampiran padang di Jalan Menglembu Impiana 12, Taman Menglembu Impiana Adril, di sini pada Ahad, dipercayai akibat terjatuh dari tempat tinggi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Muhammad Najib Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan lelaki tempatan itu kira-kira jam 11.45 pagi.

Penuntut IPT Ditemui Maut Dalam Longkang

Menurutnya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di dalam longkang dengan kesan darah di bahagian mulut.

“Hasil pemeriksaan lanjut di tempat kejadian tidak menemui sebarang kesan pergelutan atau unsur jenayah.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian adalah akibat kecederaan di kepala dipercayai berpunca jatuh dari tempat tinggi,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Muhammad Najib berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih dijalankan bagi melengkapkan siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Tiga Maut Termasuk Bayi, Ibu Sempat Susukan Mangsa Sebelum Kemalangan

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, mangsa dilaporkan ditemui kira-kira 30 meter dari rumahnya selepas disedari seorang jiran yang ketika itu mahu meletakkan kenderaan di lokasi kejadian sekitar jam 11.20 pagi.

Saksi kejadian kemudian memaklumkan perkara itu kepada rakannya sebelum menghubungi pihak polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Sumber: Sinar Harian (Saifullah Ahmad)

Farah Nadia
Written By

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd