Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pengasuh Didakwa Bunuh Hayl Haarith Di Taska Hospital

Seorang pengasuh, Nur Farhana Fazmar Abdullah, 22, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini atas pertuduhan membunuh bayi lelaki berusia empat bulan di Taska Pintar Hospital Seberang Jaya awal bulan ini, lapor Harian Metro.

Tertuduh yang memakai baju belang biru putih dan seluar gelap hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tertakluk kepada Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Nur Farhana didakwa membunuh bayi milik Ummu Habibah Wahab, 29, antara jam 1 hingga 4 pagi pada 9 Mac lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jika disabitkan kesalahan, dia berdepan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun. Sekiranya hukuman mati tidak dijalankan, tertuduh boleh dikenakan sebatan sekurang-kurangnya 12 kali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun manakala tertuduh diwakili peguam Muhaimin Hashim.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 23 Jun ini sebagai tarikh sebutan semula bagi menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Seorang lagi rakan sekerja yang sebelum ini direman dibebaskan dengan jaminan RM10,000 dan akan bertindak sebagai saksi pendakwaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kedua-dua wanita tiba di mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi dalam keadaan digari.

Terdahulu, mangsa Hayl Haarith Mohd Syafaeez ditemui tidak sedarkan diri di pusat penjagaan 24 jam itu pada 9 Mac lalu dan dikejarkan ke Jabatan Kecemasan Hospital Seberang Jaya kira-kira jam 4 pagi selepas ibunya, seorang jururawat syif malam menerima panggilan bahawa wajah anaknya bertukar biru.

Doktor melakukan bantuan pernafasan selama satu jam tetapi bayi itu tidak terselamat.

Manakala semalam, Ketua Polis Negeri, Datuk Azizee Ismail mengesahkan mangsa dipercayai maut akibat asfiksia, iaitu lemas kerana kekurangan oksigen.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemeriksaan perubatan mengesahkan perkara itu sebagai punca kematian.

Sumber: Harian Metro (Audrey Dermawan)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd