Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Penerbangan Khas Sudah Berlepas, KPT Sediakan Bantuan Kepada Pelajar Pulang Dari Bangladesh

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bakal sediakan segala bantuan yang diperlukan bagi menyambut ketibaan 124 rakyat termasuk pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Dhaka, Bangladesh.

Menteri KPT, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, bantuan tersebut akan disediakan dengan kerjasama antara kementeriannya dan Kementerian Luar Negara (Wisma Putra).

KPT sediakan bantuan kepada pelajar pulang dari Bangladesh

KPT Sediakan Bantuan Pelajar Pulang Bangladesh

“KPT akan bekerjasama dengan KLN dengan menyediakan segala bantuan yang diperlukan ketika ketibaan rakyat Malaysia nanti. Ini termasuklah menyediakan bantuan kaunseling, penginapan dan bantuan logistik,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Dalam pada itu, Zambry turut berterima kasih atas keputusan Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KLN untuk melaksanakan evakuasi itu susulan ketegangan memuncak di Bangladesh.

“Sama-sama kita doakan proses evakuasi ini berjalan lancar dan semua rakyat Malaysia di Bangladesh dapat tiba di tanah air dengan selamat,” ujarnya.

Sementara itu, penerbangan khas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Bangladesh telah pun berlepas pada 7.30 pagi ini dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2, Sepang, lapor Bernama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

KPT Sediakan Bantuan Pelajar Pulang Bangladesh

Penerbangan AirAsia menggunakan pesawat Airbus A330 wide body atau badan lebar yang mampu memuatkan 350 penumpang itu dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hazrat Shahjalal, Dhaka pada 9.20 pagi (waktu tempatan Bangladesh).

Artikel lain: Rusuhan Bangladesh: Pelajar Malaysia Dakwa Sukar Dapat Bekalan Makanan, Talian Komunikasi Terhad

Setiausaha Bahagian Asia Selatan dan Asia Tengah Kementerian Luar, Datuk Dr Shazelina Zainul Abidin yang mengetuai misi itu berkata lebih 100 rakyat Malaysia termasuk pelajar telah ditempatkan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka sejak malam Isnin.

KPT Sediakan Bantuan Pelajar Pulang Bangladesh

“Misi ini sebenarnya dirancang sejak 12 Julai, pelaksanaannya pula mengambil masa paling singkat, kurang 12 jam.
“Sebaik sahaja dapat ‘lampu hijau’ daripada Pesuruhjaya Tinggi kita di Bangladesh, kami dapatkan kapal terbang, ada kelewatan sikit sebab kita diminta tunggu untuk pastikan pelajar-pelajar kita sampai di Suruhanjaya Tinggi kita di Dhaka,” jelasnya.

Sebanyak 15 petugas daripada Wisma Putra, Jabatan Perdana Menteri, Majlis Keselamatan Negara dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) mengikuti misi itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pada Isnin, Anwar dilaporkan berkata pada Persidangan Cukai Kebangsaan 2024, kerajaan memutuskaan untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Bangladesh kerana mengutamakan keselamatan mereka berikutan ketegangan yang memuncak di negara itu.

Sumber: Facebook Zambry Abd. Kadir, Bernama 

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hati seorang pengantin perempuan benar-benar luluh apabila lelaki yang sepatutnya menjadi teman sehidup semati tiba-tiba menghilangkan diri pada hari mereka dijadualkan melafazkan akad nikah,...

Sosial

Isteri kepada seorang lelaki yang hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut dari Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang merayu orang ramai menghentikan komen negatif serta...

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Nasional

Kekuatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bukan hanya bergantung kepada tahap kesiagaan dan profesionalisme anggotanya, malah sokongan ahli keluarga dan jaringan hubungan erat dengan komuniti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd