Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pendapatan Boleh Agih KWSP Tunjuk Peningkatan, Melonjak Kepada RM19.2 Bilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan boleh agih sebanyak RM19.2 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2024, melonjak 33.1 peratus berbanding RM14.42 bilion yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lalu.

Memetik laporan Buletin TV3, perkara itu diberitahu dan disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn.

Menurutnya, sebanyak RM16.56 bilion daripada RM19.2 bilion pendapatan boleh agih itu dijana untuk Simpanan Konvensional, dan RM2.64 bilion untuk Simpanan Shariah. Pendapatan boleh agih ini tidak termasuk keuntungan ‘mark-to-market’ (MTM) sekuriti yang belum direalisasikan.

Foto: EPF

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Prestasi pasaran global pada suku pertama 2024 disokong pertumbuhan global yang berdaya tahan, terutamanya bagi ekonomi maju.
“Indeks FBM KLCI meningkat 10 peratus setakat tahun ini, mencerminkan peningkatan keyakinan dalam pertumbuhan dan kesan pelbagai dasar baharu terhadap ekonomi dan industri,” katanya.

Dalam pada itu,  beliau menjelaskan, ekonomi Amerika Syarikat (AS) terus berkembang, seterusnya menurunkan jangkaan pemotongan kadar Rizab Persekutuan (Fed) AS pada tahun ini, selain indeks saham utama yang mempamerkan peningkatan kukuh pada suku pertama, didorong oleh lonjakan saham berkaitan kewangan, penjagaan kesihatan dan teknologi.

Foto sekadar hiasan

“Walaupun prestasi suku pertama kukuh, pasaran kewangan terus berdepan beberapa risiko yang meluas, iaitu kadar faedah ‘tinggi untuk tempoh lebih lama’, risiko geopolitik dan konflik, serta perubahan dasar berikutan pilihan raya yang dilaksanakan oleh beberapa ekonomi besar tahun ini,” katanya lagi.

Seiring dengan itu, pada suku yang dikaji, pendapatan daripada ekuiti meningkat kepada RM13.15 bilion, berbanding RM8.69 bilion yang direkodkan pada suku sama tahun lalu.

Kelas aset itu kekal sebagai penyumbang pendapatan tertinggi pada 68 peratus daripada jumlah pendapatan boleh agih. Peningkatan pendapatan itu disumbangkan oleh strategi proaktif pengurus dana untuk mengambil peluang kenaikan pasaran dalam merealisasikan keuntungan modal sebelum berlakunya persekitaran tidak menentu yang dijangkakan pada suku akan datang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Buletin TV3

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Nasional

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd