Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pemuda Obses Dengan Ibu Hamil, Kantoi Rakam Wanita Di Pasar Raya Demi Puaskan Nafsu

Seorang pengguna Facebook, Erny Nuryassmien berkongsi pengalaman cemas apabila menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang pemuda ketika berada di sebuah pasar raya Mydin di Seremban 2 pada ahad.

Kejadian tersebut telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan warganet berkenaan isu keselamatan wanita di tempat awam.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Erny pada malam tadi dan segera menjadi tular kerana keberanian mendedahkan pengalaman tersebut secara terbuka.

Foto: FB Erny Nuryassmien

Menurut Erny, kejadian bermula di sebuah booth luar pasar raya ketika dia menyedari kelibat seorang lelaki berbaju kuning yang dilihat sedang memegang telefon dalam posisi mencurigakan, seolah-olah sedang merakam.

Pada awalnya, dia tidak mengesyaki apa-apa, namun segalanya menjadi semakin jelas apabila lelaki berkenaan dilihat mengekori dirinya dan keluarga dari satu bahagian ke bahagian lain di dalam pasar raya sambil telefon bimbit seolah-olah merakam sesuatu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, anak-anaknya sendiri turut menyedari keanehan lelaki tersebut, dan usulan itu Erny memaklumkan kepada suaminya yang kemudian mengekori lelaki terbabit dari belakang.

Dalam masa sama, Erny bertindak berani dengan menghampiri pelaku dan mula merakam sebagai bukti dan apa ditemui selepas itu mengejutkan kerana terdapat beberapa rakaman video wanita, termasuk dirinya sendiri yang di-‘zoom’ dari belakang serta kebanyakannya video wanita hamil, malah ada juga yang berpurdah.

“Taste dia memang dengan orang mengandung,” ujar Erny dalam hantaran tersebut.

Foto: FB Erny Nuryassmien

Lelaki terbabit yang berusia sekitar 20 tahun, merupakan seorang pelajar universiti tempatan telah ditahan dan disoal siasat serta dia mengakui telah lama melakukan perbuatan tersebut dan menyimpan rakaman-rakaman wanita lain untuk tujuan memuaskan nafsu sendiri secara peribadi.

Meskipun laporan polis sudah dibuat, Erny membuat keputusan untuk menarik semula laporan atas dasar pertimbangan usia dan peluang untuk berubah.

Pihak polis menyatakan bahawa kejadian ini bukan satu kes jenayah atas sebab pelaku hanya merakam tanpa membuat sebarang sentuhan fizikal terhadap mangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun Erny berasa sedikit hampa, dia tetap akur selain bercadang untuk melaporkan kepada pihak universiti untuk tindakan tatatertib terhadap pelaku.

kan bererti dirinya memaafkan pelaku tersebut, sebaliknya mahu menyampaikan mesej penting kepada orang ramai.

Foto: FB Erny Nuryassmien

“Kalau hari ini berani rakam, esok lusa berani meraba pula?,” tulis Erny di postingan tersebut

Pada masa sama, dia turut menasihat wanita semua agar berani mempertahankan diri dan tidak berdiam diri apabila menjadi mangsa gangguan.

Tulisnya lagi, berpakaian sopan atau bertutup litup tidak semestinya menjamin keselamatan, jika niat jahat sudah menguasai manusia.

“Untuk wanita-wanita, gadis-gadis dekat luar sana, jangan takut pertahankan benda betul, rakam sebagai bukti dan jangan takut sebab sekarang  pakai purdah pun dah tak selamat,” tulisnya lagi.

Sumber: Facebook (Erny Nuryassmien)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Peguam berjiwa rakyat yang dikenali sebagai ‘Peguam Kotak Pensel’, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami serangan jantung...

Sosial

Tragedi dua beradik berusia enam dan lapan tahun yang lemas selepas kereta dinaiki mereka menggelongsor masuk ke Sungai Linggi, Tanjung Agas, kini memasuki fasa...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd