Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pembatalan Rombongan 68 Pegawai Ke Berlin Terima Sokongan Penuh Kabinet – PM

Jemaah Menteri terima keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beri sokongan penuh kepada beliau atas pembatalan rombongan 68 pegawai sebuah kementerian dan agensi ke satu pameran di Berlin, Jerman.

Memetik laporan Berita Harian, Anwar berkata hal itu bukan sahaja dilakukan ke atas pegawai kementerian, tetapi ia turut diterapkan dalam Jemaah Menteri.

Pembatalan rombongan 68 pegawai ke Berlin terima sokongan penuh Kabinet

Pembatalan Rombongan Pegawai Ke Berlin Terima Sokongan

Beliau berkata, memasuki dua tahun pentadbirannya, tidak ada mana-mana menteri serta pimpinan parti politik dalam Kerajaan Perpaduan mempertikaikan soal tata kelola.

“Baru-baru ini saya terjah satu agensi kerajaan yang hantar 68 orang ke pesta di Berlin, saya dapat sokongan penuh daripada Kabinet. Maknanya, ini pertama kali dalam sejarah Perdana Menteri kata tak payah pergi,” katanya.

Pembatalan Rombongan Pegawai Ke Berlin Terima Sokongan

Beliau berkata demikian dalam Forum Ilmuan Malaysia Madani, ‘Mencorak Peralihan Tenaga yang Mampan untuk Masa Depan Negara yang Sejahtera’, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Rakyat Malaysia Dinasihat Tinggalkan Lubnan Secara Sukarela – Wisma Putra

Sebelum ini, Anwar membatalkan rombongan 68 pegawai ke sebuah pesta pameran di Berlin, Jerman meskipun pihak berkenaan sudah menempah tiket penerbangan dan hotel.

Pembatalan Rombongan Pegawai Ke Berlin Terima Sokongan

Tegasnya, tindakan itu adalah satu mesej jelas kepada semua pihak bahawa Kerajaan Madani tidak akan berkompromi dalam sebarang tindakan yang boleh merugikan dana awam, di samping tegas untuk terus melaksanakan reformasi dalam institusi penjawat awam.

Sumber: Berita Harian (Noor Atiqah Sulaiman)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Tular di media sosial satu perkongsian yang mendakwa seorang lelaki dikenali sebagai Aiman sedang berusaha mendapatkan semula hak penjagaan anak perempuannya selepas kanak-kanak itu...

Lokal

Baru-baru ini tular di media sosial, seorang lelaki melakukan penghijarahan kembali kepada fitrah asal setelah 24 tahun memilih untuk menjadi mak nyah berbanding lelaki...

Sosial

Tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dilaporkan dibakar dipercayai oleh sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam satu kejadian pada awal pagi Selasa....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd