Seorang pembantu setiausaha pejabat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencuri perhatian ramai selepas berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), membuktikan tiada had bagi mereka yang berani keluar dari zon selesa.
Dr. Norliyana Zakaria, yang sebelum ini menyandang jawatan Gred N1, kini menjadi inspirasi ramai individu dalam sektor awam dan pendidikan tinggi.
Perkongsian Amirruddin Ahmad Tajuddin di media sosial mengenai pencapaian wanita berkenaan meraih pelbagai pujian.
“Bayangkan, seorang pembantu setiausaha pejabat Gred N1 boleh melangkah sejauh itu menamatkan ijazah, ijazah sarjana dan PhD.
“Keluar dari zon selesa dan buktikan tiada siapa terikat dengan takdir asal. Rupa-rupanya, kisah ini memang betul-betul berlaku,” katanya.
Pembantu Pejabat UTM Miliki PhD
Walaupun ramai memuji, ada juga yang tertanya-tanya mengapa Dr. Norliyana masih kekal dengan jawatan lama walaupun bergelar doktor.
Penjelasan datang daripada Nik_zulrynna yang turut berkongsi pengalaman serupa.
“Kisah Dr. Norliyana sama mcm kisah saya. Saya sambung belajar ketika dalam perkhidmatan. Saya bekas pembantu tadbir (perkeranian/ operasi) gred N19 selama 16 tahun yang berkelulusan PhD.
“Alhamdullilah, sekarang dah lima tahun berkhidmat sebagai pensyarah di IPTA. Saya yakin beliau akan mendapat jawatan yang setara dengan kelulusan akademik beliau,” ujarnya.
Artikel lain: Pak Cik Grab Asyik Tersalah Simpang, Lelaki Tawar Diri Untuk Bonceng Motosikal
Menurutnya, dalam perkhidmatan awam tiada lantikan secara terus apabila kelulusan akademik berubah. Pegawai perlu memohon jawatan baru yang sesuai dengan kelayakan terkini.
Kisah Dr. Norliyana bukan sahaja membakar semangat ramai dalam kerjaya dan pendidikan, tetapi turut menjadi simbol bahawa cita-cita tinggi mampu dicapai walaupun bermula dari jawatan rendah.
Sumber: FB Amiruddin Ahmad Tajuddin










































