Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Proton Wira Gagal Potong Kereta Lain Punca Kemalangan Trak Babit Anggota Tentera Maut

Tindakan seorang pemandu Proton Wira yang dipercayai gagal memotong kenderaan di hadapannya menjadi punca kemalangan mengorbankan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Fahmey Bin Darus, pada Khamis.

proton wira

Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 6.35 petang di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai berhampiran Bukit Belah apabila Proton Wira dari arah Kota Bharu cuba memotong sebuah kenderaan lain tetapi gagal, lalu memasuki laluan bertentangan.

Artikel lain: Bukan Kes Tembak! Suspek Samun Langgar Polis Ketika Cuba Larikan Diri

Trak tiga tan jenis Hicom Handalan milik ATM yang membawa empat anggota tidak sempat mengelak, menyebabkan pelanggaran berlaku.

Advertisement. Scroll to continue reading.
proton wira

Foto: Sinar Harian

“Impak pelanggaran menyebabkan seorang anggota yang duduk di tempat penumpang hadapan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Tiga lagi anggota serta pemandu Proton Wira mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut,” katanya.
proton wira

Foto: Sinar Harian

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian.

Polis turut meminta saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 011-1454020 atau Bilik Gerakan IPD Machang di talian 09-9751222.

proton wira

Foto: Sinar Harian

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Lokal

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, hari ini menafikan dakwaan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang didakwa bernilai ratusan...

Lokal

Seorang pekerja pemasaran sebuah bengkel kenderaan hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kulim atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian tiga...

Dunia

Nama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropertyLimBrothers (PLB), Melvin Lim dan Naib Presiden, Grayce Tan didapati telah digugurkan daripada halaman kepimpinan syarikat di laman web...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd