Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pemandu Lori Akhirnya Dijamin Majikan, Ahli Perniagaan Bantu Langsai Kos Guaman

Seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Azwani Ismail tampil membantu bayar kos guaman pemandu lori yang didakwa atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Selasa lalu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Azwani di laman Facebook, pada awalnya dia mahu melangsaikan wang jaminan berjumlah RM6,000 memandangkan Rudi Zulkarnain Mat Radi, 45, terpaksa ke penjara.

Bagaimanapun, hasratnya tidak kesampaian apabila majikan kepada Rudi dikatakan hadir ke Mahkamah Teluk Intan pada pagi ini untuk menjelaskan wang jaminan tersebut.

Pemandu lori

Pemandu lori

“Bos dia muncul tadi datang nak ikat jamin juga, berkeras nak ikat jamin walhal sebelum ini tak datang pun untuk berbuat demikian.
“Bila dah viral tiba-tiba datang berkeras nak ikat jamin.
“Jadi selepas ini urusan denda pun serahkan pada majikan yang mungkin cecah puluh ribu, urusan saya selesai dekat sini sahaja lah dan RM6,000 tu untuk bayar guaman dan jamin satu kes sebab satu kes RM2,000,” katanya.

Susulan itu, Azwani berharap majikan Rudi akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang berlaku dan tidak membuat kutipan awam untuk membayar denda.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Isteri Mangsa Nahas FRU Tak Salahkan Pemandu Lori, Arwah Suami Impi Kematian Didoakan Ramai

Pemandu lori

“Plan saya kami nak bantu sehingga la ke fasa bayaran denda jika ada tapi dah bos dia nak take over maka silakan dan saya harap bos dia juga yang bayar denda nanti tanpa kutipan daripada awam,” ujarnya lagi.

Sementara itu, menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin berkata, pemandu lori itu akhirnya dijamin oleh majikannya dengan seorang penjamin, pagi tadi.

Ujarnya, Orang Kena Tuduh (OKT) akan dibebaskan sebentar lagi dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak hasil daripada wang jaminan RM6,000 yang dikumpul oleh majikan dan rakan.

Foto: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Rudi Zulkarnain Mat Radi mengaku tidak bersalah atas sembilan pertuduhan kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dalam kemalangan pada Selasa lalu.

Mengikut pertuduhan, Rudi yang memandu lori bernombor pendaftaran AKL 4674 didakwa telah memandu secara cuai dan membahayakan pengguna jalan raya lain, sehingga mengakibatkan kematian sembilan anggota FRU dalam insiden tersebut.

Rudi didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun serta denda sehingga RM50,000. Selain itu, dia juga boleh hilang kelayakan untuk memiliki atau memohon lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun.

Sumber: Facebook @Azwani Ismail

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

Seorang lelaki dilaporkan hilang telah ditemukan meninggal dunia di dalam hutan air terjun di Kampung Teluk Sanau, Baling. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Balai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd