Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pemandu Dan Kelindan Maut Dalam Nahas Tiga Treler

Seorang pemandu lori dan kelindan maut dalam satu kemalangan membabitkan tiga buah treler di Kilometer 81.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan di Batu Pahat pagi tadi.

Pemandu, kelindan meninggal di tempat kejadian

Menurut laporan Berita Harian, mangsa dikenali sebagai R Pubalan, 45, yang memandu treler membawa muatan barangan elektronik, dan kelindannya, R Sivasanthiran, 35.

Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit dalam kenderaan selepas kemalangan yang berlaku kira-kira jam 8.30 pagi itu.

pemandu

Foto: Berita Harian

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, siasatan awal mendapati treler dipandu mangsa merempuh belakang treler membawa muatan kayu yang berada di hadapan.

Perlanggaran itu menyebabkan treler muatan kayu pula melanggar sebuah lagi treler yang membawa muatan minyak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Dua Wanita Maut, Empat Lelaki Cedera Kereta Rempuh Belakang Treler Rosak

“Akibat perlanggaran berturut-turut itu, pemandu dan kelindan treler pertama tersepit dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan maut di tempat kejadian,” katanya.

Pemandu treler membawa kayu, seorang lelaki berusia 37 tahun, mengalami kecederaan ringan di bahagian kaki dan dada, dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat.

pemandu

Foto: Kosmo!

Sementara itu, pemandu treler membawa muatan minyak, berusia 42 tahun, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Insiden itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang lebih 10 kilometer di laluan arah selatan, susulan kerja-kerja menyelamat dan pembersihan jalan.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis turut menyeru orang ramai yang menyaksikan kejadian untuk tampil memberikan maklumat bagi membantu siasatan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian Online

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial mencuri perhatian warganet selepas berkongsi satu video di platform Threads ketika ingin membuka blindbox bersama pengikutnya. Namun, suasana berubah tegang...

Sosial

Luahan rindu seorang ibu, Amelia Kartika Mappatata yang kehilangan puteri tunggalnya Chempaka Alara Azizi mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet. Dandan rambut jadi momen...

Sosial

Siapa sangka, pencuci mulut ikonik Malaysia kini boleh ditemui jauh di bumi Sweden. Ais kacang RM28 Baru-baru ini, tular di TikTok menerusi perkongsian @wawawandering...

Lokal

Polis mengesahkan menerima laporan daripada pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu, yang mendakwa menerima ugutan susulan keterangannya dalam inkues kematian Zara Qairina Mahathir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd