Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pelan Takaful Baharu PruBSN AnugerahMax Dilancar, Serendah RM50 Sebulan

Selepas kejayaan produk PruBSN Anugerah dan PruBSN AnugerahPlus, PruBSN melancarkan pelan takaful baharu PruBSN AnugerahMax yang komprehensif dengan perlindungan menyeluruh, bermula serendah RM50 sebulan.

Pelan takaful baharu PruBSN AnugerahMax dilancar!

Ketua Pegawai Eksekutif Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, pelan itu boleh diubah suai dengan 18 jenis rider pilihan yang menawarkan perlindungan penyakit kritikal dan perubatan lengkap, perlindungan kemalangan, peluang pelaburan serta pilihan kebajikan.

PruBSN AnugerahMax

Wan Saifulrizal berkata, memiliki pelan insurans boleh dianggap sebagai satu keperluan berikutan peningkatan kadar penyakit kronik dalam kalangan kalangan belia selain kenaikan kos rawatan perubatan.

“Penyakit-penyakit kronik boleh menimpa sesiapa sahaja tanpa mengira faktor usia.
“Statistik ini amat membimbangkan, disusuli dengan perbelanjaan penjagaan kesihatan peribadi yang dijangka akan berganda menjelang tahun 2028,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Menerusi kenyataan tersebut juga, PruBSN melaporkan lebih 700 kanak-kanak di Malaysia bawah 15 tahun dikenal pasti menghidap kanser setiap tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Hargai Sumbangan Media Tempatan, BSN Anjur Acara Boling Disertai 14 Agensi

Manakala 70% golongan muda di Malaysia antara umur 15-24 tahun mempunyai sekurang-kurangnya satu risiko penyakit kardiovaskular.

PruBSN AnugerahMax

Tambah Wan Saifulrizal, beliau percaya setiap individu berhak mendapatkan akses kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan terbaik dan jaminan kewangan diperlukan bagi menampung kenaikan perbelanjaan serta kos perubatan.

“Matlamat dan tanggungjawab ini sangat dekat di hati saya sendiri sebagai ibu bapa yang mahukan terbaik untuk masa depan anak-anak.
“Sebagai ibu bapa, kita semestinya inginkan yang terbaik untuk anak-anak khususnya dalam memastikan mereka mendapat perlindungan serta jaminan masa depan yang lebih baik,” tambahnya.

Sementara itu, PruBSN AnugerahMax menawarkan pelan tambahan rider Medic TotalCare yang memberikan perlindungan menyeluruh kemasukan ke hospital, rawatan kanser moden dan keperluan penjagaan kesihatan mental.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Manakala penambahan rider Crisis TotalCare pula melanjutkan perlindungan kepada 166 penyakit kritikal, dari peringkat awal hingga akhir termasuk beberapa keadaan kesihatan mental.

Bukan itu sahaja, ciri pelanjutan-auto pula akan memastikan perlindungan berterusan, dengan melanjutkan perlindungan secara automatik sehingga umur 100 tahun, tanpa perlu melalui proses pengunderaitan baru yang membolehkan ibu bapa tidak perlu bimbang.

PruBSN AnugerahMax

Untuk rekod, bagi keseluruhan siri produk PruBSN, lebih 400 individu telah mendapat perlindungan sebanyak RM15 juta dengan jumlah tuntutan yang telah dibayar kira-kira hampir RM1 bilion.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Penantian hampir dua dekad pasangan suami isteri ini akhirnya berakhir dengan penuh bermakna apabila mereka dikurniakan seorang bayi lelaki pada 17 Oktober lalu. Hampir...

Sosial

“Baca doa yah… tolong… dah sampai ni dah!” – jeritan penuh cemas seorang wanita dalam video tular mengundang sebak ramai apabila suasana panik banjir...

Sosial

Pada tahun lalu, ramai meruntun dengan kisah seorang bayi lelaki Muhammad Al Fateh, yang maut akibat kecuaian pihak taska segar. Bayi berusia lapan bulan...

Sosial

Seorang pembantu setiausaha pejabat di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencuri perhatian ramai selepas berjaya menamatkan Ijazah Doktor Falsafah (PhD), membuktikan tiada had bagi mereka...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd