Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Pelaksanaan e-Invois Tidak Jejaskan Jumlah Jualan Kereta – MITI

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memaklumkan jumlah keseluruhan industri (TIV) atau jualan kenderaan tahun ini bagi syarikat pengedar kenderaan tidak akan terjejas dengan mekanisme baharu e-Invois yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai Ogos depan.

Menurut satu laporan Berita Harian, menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pelaksanaan e-Invois berkenaan hanya membabitkan syarikat dengan jumlah jualan tahunan melebihi RM100 juta.

Foto: news.nestia.com

“Saya sudah berbincang dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) dan kami berpendapat tiada impak ke atas pelaksanaan e-Invois. Cuma mungkin kegusaran daripada syarikat kecil memandang ia akan membabitkan sistem yang perlu mereka ada.
“Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Kewangan (MoF) memaklumkan untuk permulaan hanyalah syarikat yang memiliki pendapatan atau hasil melebihi RM100 juta.
“Kita melihat syarikat pengedar kenderaan tidaklah memiliki hasil melebihi jumlah itu. Justeru, secara teori tidak ada kesan, cuma yang kita tahu ada segelintir yang menawarkan pinjaman penuh untuk kenderaan. Jadi, dengan e-Invois ia menjadikan transaksi lebih terus, dan amalan ini tidak boleh dilakukan lagi,” katanya.

Foto: fuh.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan inisiatif HALAL Accreditation & Technology Improvement (HATI) di Kuala Lumpur, hari ini.

Terdahulu, kerajaan mengumumkan pelaksanaan penggunaan e-Invois secara berperingkat berdasarkan nilai ambang hasil jualan perniagaan yang akan bermula pada bulan depan.

Fasa pertama membabitkan syarikat besar dengan perolehan jualan tahunan melebihi RM100 juta, manakala pada fasa kedua pula melibatkan syarikat yang mencatatkan pemerolehan tahunan sebanyak RM25 juta hingga RM100 juta mulai Januari 2025.

Foto: fuh.my

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, semua perniagaan termasuklah perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) diwajibkan untuk mengeluarkan e-Invois bermula pada 1 Julai tahun hadapan.

Sumber: Berita Harian (Mohd Zaky Zainuddin)

Written By Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bekas rakan kongsi yang juga bekas pengarah syarikat Richworks International Sdn. Bhd Datuk Zafrol Rizal Mat atau lebih dikenali sebagai Jerry Rizal memfailkan tuntutan...

Sosial

Seorang penganut Hindu sebak apabila mengetahui bahawa tragedi melibatkan pemergian sembilan orang anggota keselamatan berlaku selepas mereka bertugas di perayaan Chitra Pournami di Hilir...

Sosial

“Kami tunggu 10 tahun untuk dapat anak perempuan… tapi kini dia sudah tiada.” Itu luahan sayu Norazian Mohd Joned, 38, isteri kepada Koperal Amiruddin...

Sukan

Kejayaan mempertahankan pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 membuka tirai gemilang buat gandingan badminton lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik apabila...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd