Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Pelakon Dewi Puteri Akui ‘Penat’, Dicurangi Andrew Andika Berkali-kali

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai dakwaan pelakon Indonesia, Andrew Andika curang dengan isterinya serta pernah melakukan hubungan sulit dengan wanita yang berbeza beberapa tahun kebelakangan ini.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh isterinya, Tengku Dewi Putri menerusi akaun Instagram miliknya pada 8 Mei, semalam.

View this post on Instagram

A post shared by TengkuDewiPutri (@tengkudewiputri_tdp)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dewi telah berkali-kali mengingatkan suaminya agar tidak menjalin hubungan sulit lagi dan Andrew juga berjanji untuk tidak mengulangi kesilapannya, tetapi kini dia melakukannya lagi.

Menerusi muat naik yang sama, Dewi turut berkongsi bukti menunjukkan Andrew mempunyai hubungan terlarang tanpa pengetahuan di belakangnya.

Foto: Indonesia Today

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Andrew didakwa pernah ‘membayar’ seorang wanita dengan harga IDR 2 juta untuk berjumpa selain ia tidak terhenti di situ, mereka seolah-olah seperti pasangan bahagia sekiranya dilihat menerusi gambar.

Foto: IG @tengkudewiputri_tdp

Foto: IG @tengkudewiputri_tdp

Dalam pada itu, Dewi turut memberitahu salah seorang wanita itu jatuh cinta kepada Andrew. Ini dapat dilihat daripada potret mereka berdua yang dimuat naik oleh wanita itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dewi turut menegaskan dirinya tidak lagi mempercayai suaminya dan mengakui terlalu kecewa dengan tindakan pelakon sinetron tersebut, menduakan dirinya secara berulang-ulang kali.

Untuk rekod, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 serta telah dikurniakan seorang putera, Ehsan Rayn Fischer yang lahir pada 14 April 2021.

Pada bulan April yang lalu, usia perkahwinan mereka sudah menginjak tujuh tahun sebagai pasangan suami isteri.

Sumber: Instagram @tengkudewiputri_tdp

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Firdaus Rostam

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Lokal

Polis menahan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun selepas disyaki menikam rakan sekolahnya, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dalam kejadian di sebuah sekolah...

Lokal

Keluarga pempengaruh media sosial, Ahmad Radzli Che Ngah atau lebih dikenali sebagai Rambo Castello, merayu agar pihak kerajaan dan Kedutaan Malaysia di Indonesia dapat...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd